Community Wishlist/Wishes/Help editors plan their work more easily/ms

This page is a translated version of the page Community Wishlist/Wishes/Help editors plan their work more easily and the translation is 100% complete.
Bantu penyunting merancang tugasan mereka dengan lebih mudah Open

Sunting hajat Bincang hajat ini

Keterangan

Pada masa ini, penyunting di pelbagai projek Wikimedia mungkin mengalami kerumitan untuk merancang dan mengesan laman (terutamanya rencana utama) yang mana mereka perlu sunting berdasarkan keutamaan, tahap minat, topik, dan tugasan perbaikan laman (seperti sunting kopi, pembersihan templat, menambah rujukan, peningkatan kebolehbacaan kandungan, permintaan dari pengguna lain, dan tugas berasaskan kategori).

Sekiranya terdapat papan kerja sunting peribadi (yang seakan dengan papan kerja Phabricator atau Papan Kerja Terjemahan WikiProjectMed), pengguna dapat merancang tugas mereka dengan betul dan mempercepatkan proses penyuntingan mereka tanpa perlu menyenaraikan setiap tugas secara manual ke laman pengguna utama mereka.

Tambahan pula, pengguna dapat menambah "tanda buku" pada laman-laman yang ingin kekal dikerjakan oleh mereka, dan "tanda buku" itu seakan butang "bintang" untuk senarai pantau pengguna. Hal ini akan menghasilkan antara muka yang membenarkan pengguna menetapkan tugasan berasaskan teg secara sistematik, kemudian tugasan tersebut dapat diisih secara automatik pada papan kerja sunting peribadi mereka.

Jika pengguna menjadi letih atau tidak berminat untuk menyelesaikan tugasan yang mereka berikan kepada diri mereka sendiri, mereka boleh dengan mudah memadam atau mengalih keluar tugasan tersebut dari papan kerja mereka. Ataupun alternatifnya, papan kerja tersebut mungkin ada ciri tarikh akhir yang membenarkan pengguna menetapkan jumlah maksimum hari/bulan/tahun sesuatu tugasan tersebut boleh dikekalkan pada papan kerja mereka, dan jika tugasan tersebut tidak selesai dalam jangka masa yang ditetapkan maka akan dibuang daripada papan kerja itu secara automatik.

Walau bagaimanapun, penghasilan senarai tugasan yang tidak berkesudahan mungkin membosankan dan melelahkan, terutamanya bagi pengguna baharu. Seberapa banyak tugasan seseorang pengguna itu boleh menambah ke papan kerja mereka mungkin perlu dihadkan berdasarkan pengalaman suntingan mereka. Contohnya, setiap pengguna baharu (kurang daripada 10 suntingan) hanya boleh menambah sehingga 3 tugasan pada papan kerja mereka dalam satu masa, dan mereka perlu menyelesai atau membuang satu tugasan mereka untuk menambah tugasan baharu. Untuk pengguna sedang belajar (10 hingga 500 suntingan) pula, mereka boleh mempunyai sehingga 10 tugasan pada papan kerja mereka, dan bagi pengguna berpengalaman (lebih daripada 500 suntingan) mereka boleh mempunyai sehingga 20 tugasan. Kriteria untuk menentukan "pengguna baharu", "pengguna sedang belajar", dan "pengguna berpengalaman" serta berapa banyak tugasan dibenarkan untuk setiap peringkat pengguna boleh disesuaikan mengikut tetapan komuniti setempat.

Bidang tumpuan yang ditugaskan

Memudahkan peronda dan penyunting lain untuk mengutamakan tugasan mereka

Jenis hajat

Permintaan ciri

Projek berkaitan

Semua projek

Pengguna yang terkesan

Penyunting yang mahu merancang tugasan mereka terlebih dahulu

Butiran lain

  • Dicipta: 04:37, 15 August 2024 (UTC)
  • Kemas kini terakhir: 22:43, 20 Ogos 2024 (UTC)
  • Pengarang: Hakimi97 (talk)