Persidangan ESEAP 2022/Panduan perjalanan

This page is a translated version of the page ESEAP Conference 2022/Travel guide and the translation is 98% complete.
Outdated translations are marked like this.

Wikivoyage mempunyai panduan perjalanan terperinci tentang Sydney. Untuk pemahaman yang lebih mendalam tentang bandar ini, anda boleh merujuk kepada rencana ini dalam Wikipedia.

Fakta Pantas tentang Sydney, Australia
Demonim Sydneysider
Australian
Zon masa UTC+11 (AEDT pada bulan November)
Tukar 2 petang Sydney kepada zon waktu anda
Bahasa Rasmi Bahasa Inggeris (Australia)
Agama dominan Kristian
Mata wang Dolar (AUD / $)
US$ 1.00 = AU$ 1.46
mulai 10 Julai 2022 (semak kadar pertukaran terkini)
Iklim Iklim subtropika lembap
Musim bunga (November)
Purata taburan hujan: 47 mm/bulan
Kelembapan Relatif: 56%
Purata Tinggi: 24 °C
Purata Min: 20.4 °C
Purata Rendah = 14 °C
Jenis Palam: Type I
(Unik untuk Australia / New Zealand)

Sesalur kuasa: 230 V / 50 Hz
Orientasi Memandu Memandu di sebelah kiri
Kod negara +61
Kod Kawasan: 02 (Sydney)
Lapangan terbang Sydney Kingsford Smith Airport (SYD)
Populasi 5,231,147 (bancian 2021)
Ketumpatan: 433/km2 (2021)
Jumlah Luas 12,367.7 km2
Ride Hailing / Rideshare Uber, Ola, DiDi, Bolt, Shebah, GoCatch
Mudah Alih / Internet yang dominan Telstra
Optus
Vodafone (TPG Telecom)
Nombor dail kecemasan 112 (telefon bimbit)
000 (telefon meja)

Kastam & pengisytiharan

Australia mempunyai undang-undang biosekuriti yang ketat yang melarang makanan asing, bahan tumbuhan dan produk haiwan tertentu daripada memasuki negara itu, disebabkan ancaman memperkenalkan perosak dan penyakit yang serius ke dalam negara, menghancurkan industri pertanian dan pelancongan yang berharga, serta persekitaran unik mereka.

Untuk senarai item yang dilarang dan memerlukan pengisytiharan, sila lawati tapak web Australian Border Force.

Peta Sydney

Map
Peta Sydney. Tempat persidangan ditanda.