Event:WikiKaamatan 2024
WikiKaamatan 2024
Start and end time
Location
Kadazan Dusun Cultural Association, Sabah Hongkod Koisaan, Km 8, Penampang Road, P.O. Box 907, 89509 Penampang, Sabah, MALAYSIA Malaysia
Join event chat group
Pengenalan
editWikiKaamatan 2024 merupakan inisiatif Kelab Wiki Kent bagi mendokumentasikan maklumat yang berkaitan dengan budaya masyarakat kaum Kadazandusun dalam bentuk digital. Kelab Wiki Kent memainkan peranan sebagai penggerak bagi memartabat, memperkasa serta memastikan warisan budaya agar kekal teguh terpelihara seterusnya dapat diwarisi oleh generasi kelak. Dengan memperkenalkan Wikimedia sebagai platform pengaksesan sumber maklumat dan pengetahuan berkaitan dengan budaya kaum Kadazandusun, ia mampu menggalakkan penyertaan komuniti dalam gerakan Wikimedia dengan lebih luas yang mana merupakan salah satu objektif utama Kelab Wiki Kent sebagai penggerak dalam organisasi bukan berdasarkan keuntungan namun bermatlamat bagi menyediakan pengetahuan terbuka, dinamik dan percuma kepada semua masyarakat dalam bentuk pangkalan data digital. Dalam era globalisasi yang mengutamakan teknologi maklumat dan komunikasi kini, alat pelestarian digital Wikimedia tidak dinafikan lagi mampu membantu memastikan warisan dan budaya masyarakat Kadazandusun terpelihara untuk generasi akan datang.
Matlamat
editMatlamat WikiKaamatan adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti masyarakat Kadazandusun akan akses penyimpanan dan perkongsian pengetahuan secara percuma berkaitan dengan budaya masyarakat Kadazandusun melalui Wikimedia secara khususnya dalam Wikimedia Commons dan Wikikamus. Selain itu, program ini membawa matlamat untuk melestarikan warisan budaya masyarakat Kadazandusun melalui pengaplikasian sumber digital agar dapat diakses luas. Akhir sekali, dengan adanya platform digital berkaitan budaya Kadazandusun, objektif menjadikan masyarakat Kadazandusun dikenali sehingga ke peringkat global sudah pasti akan dapat dicapai
Objektif
edit- Memberi pendedahan serta galakkan kepada komuniti dalam menyumbang pengetahuan berkaitan warisan budaya Kadazandusun melalui platform Wikimedia.
- Memartabatkan bahasa Kadazandusun agar dikenali sehingga ke peringkat global.
- Memelihara dan mendokumentasikan budaya masyarakat Bahasa Kadazandusun.
- Menanamkan minat masyarakat Kadazandusun dalam memperluaskan lagi budaya dan bahasa Kadazandusun.
- Memperkenalkan projek Wikimedia kepada komuniti sebagai salah satu medium pendigitalan yang berkesan dalam memelihara budaya Kadazandusun secara khususnya Wikimedia Common dan Wikikamus.
Butiran
edit- Nama: WikiKaamatan 2024
- Tarikh: 30 - 31 Mei 2024
- Tempat: Dewan Kesatuan (Hongkod Koisaan), Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun,Sabah
- Pautan Outreach Dashboard: Pautan
Kegiatan
editAntara kegiatan yang akan berlangsung dalam program ini adalah seperti berikut:
Bil | Fokus kegiatan | Justifikasi |
---|---|---|
1.0 | Wikimedia Commons | Mendokumentasikan budaya masyarakat Kadazandusun yang dilihat;
Mendokumentasikan aktiviti yang dijalankan dari segi memartabatkan bahasa dan budaya masyarakat Kadazandusun/etnik yang dilihat |
2.0 | Wiktionary | Pada khemah/Booth yang disediakan;
|
3.0 | Pameran | Di reruai ;
|
Peserta
editBerikut adalah senarai peserta bagi program ini:
- Blusjai
- Rruunnaa
- Rombituon
- CorrelMoris38
- Enziee
- Kairulnizamb
- Fify Joseph
- Angela satim 0403
- Jecycc
- Junnika
- Anzellyssa
- Marce3llaLo
- Koku alcantara
- Jjurieee
- Abby Wardika
- Abbylaylena Sitibon
- TasyaRenny
- Rumandawii
- Ggandrea
- Meqqal
- ChrismaLC
- BryonJ
- Hehdyz
- MeronycaMarg
- SusiCY
- Eryick
- Kvinder
- Aangela.Ng
- Nelynnnnn
Hasil
editBerikut merupakan pautan bagi hasil program WikiKaamatan 2024: Dashboard WikiKaamatan 2024