Event:WikiTour Perak 2024

Translate this page; This page contains changes which are not marked for translation.
Location
Bilik Mesyuarat Utama Fakul...
Start and end time08:30, 29 June 2024 – 11:59, 29 June 2024
Timezone: Asia/Brunei
Number of participants0 participants

WikiTour Perak 2024

Start and end time

08:30, 29 June 2024 to 11:59, 29 June 2024
Timezone: Asia/Brunei

Location

Bilik Mesyuarat Utama Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Perak Malaysia

Join event chat group

No chat group is available for this event.

0 participants

WikiTour Perak 2024

Pengenalan

edit

Bahasa etnik bagi masyarakat di pelbagai Negeri di Malaysia kini menghadapi ancaman kepupusan akibat kurangnya dikenali dan didedahkan bahasa tersebut kepada masyarakat sekeliling. Oleh yang demikian, Kelab Wiki Kent dan Kumpulan Komuniti Pengguna Wikimedia Malaysia telah mengadakan WikiTour 2024 yang diadakan di 3 buah negeri di Malayisa iaitu Perak, Sarawak dan Sabah. WikiTour Perak 2024 merupakan satu inisiatif Kelab Wiki Kent dan Kumpulan Komuniti Pengguna Wikimedia Malaysia telah bekerjasama dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk memperkenalkan kepada pensyarah dan pelajar Minor Bahasa Kadazandusun di UPSI berkaitan dengan platform Wikikamus bagi memastikan kelangsungan bahasa Kadazandusun pada masa akan datang. Wikikamus merupakan projek di bawah organisasi bukan untung Wikimedia iaitu merupakan sebuah kamus digital yang kini telah mendigitalkan banyak bahasa etnik khususnya di Sabah termasuklah Bahasa Kadazandusun.

Matlamat

edit

Matlamat utama Bengkel ini adalah untuk membantu pensyarah dan pelajar Minor Bahasa Kadazandusun di Universiti Pendidikan Sultan Idris untuk mendigitalkan bahasa ibunda khususnya Bahasa Kadazandusun agar tidak hilang ditelan zaman. Selain itu, melalui pelaksanaan bengkel ini, diharapkan dapat membuka fikiran dan kesedaran peserta dan ahli kelab terhadap ancaman-ancaman bahasa Kadazandusun seterusnya memupuk semangat cinta akan  bahasa ibunda. Dalam waktu yang sama, diharapkan agar bengkel ini dapat mendorong minat ahli kelab dan peserta untuk lebih bergiat aktif dalam WikiKamus pada masa hadapan bagi melestarikan bahasa Kadazandusun.


Objektif

edit
  • Memperkenalkan platform Wikikamus kepada pensyarah dan pelajar Minor Bahasa Kadazandusun di Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Menanamkan minat pensyarah dan pelajar Minor Bahasa Kadazandusun di Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam memperluaskan lagi budaya dan bahasa Kadazandusun.
  • Memperkenalkan projek Wikimedia kepada pensyarah dan pelajar Minor Bahasa Kadazandusun di Universiti Pendidikan Sultan Idris sebagai salah satu medium pendigitalan yang berkesan dalam memelihara budaya Kadazandusun secara khususnya Wikimedia Common dan Wikikamus.
  • Meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi selaku jurulatih dalam bengkel Wikikamus.

Butiran

edit
Nama WikiTour Perak 2024
Tarikh 29 Jun 2024
Tempat Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak
Dashboard WikiTour Perak 2024

Fasilitator

edit

Berikut adalah senarai fasilitator bagi program ini:

Kegiatan

edit

Antara kegiatan yang akan berlangsung dalam program ini adalah seperti berikut:

Fokus kegiatan Justifikasi
Wiktionary Tutorial menyumbangkan perkataan dalam Bahasa Kadazandusun ke dalam Wikikamus Bahasa Melayu dengan mengambil kira berkara berikut:
  • Terjemahan
  • Penggolongan kata
  • Kod bahasa
  • Contoh ayat

Pautan: https://ms.wiktionary.org/wiki/Laman_Utama

Wikimedia Commons Bengkel berkenaan dengan penggunaan atau polisi Wikimedia Commons dan juga cara-cara memasukkan gambar ke dalam Wikicommons.

Pautan: https://commons.wikimedia.org/wiki/Main_Page

Wikipedia Tutorial menulis artikel di laman wikipedia Bahasa Kadazandusun.
  • Membuat halaman baharu
  • Memasukan gambar
  • Memasukan rujukan

pautan: https://dtp.wikipedia.org/

Peserta

edit

Berikut adalah senarai peserta bagi program ini:

Hasil

edit

Penganjur

edit

   

Dengan Kerjasama

edit