Kelab Wiki Kent

Bayangkan dunia di mana setiap orang di planet ini diberi akses percuma kepada jumlah semua pengetahuan manusia. Itulah yang kami lakukan.

Kelab Wiki Kent ialah persatuan pelajar Wikimedia di Institut Pendidikan Guru Kampus Kent (IPGK Kent) yang disokong oleh Kumpulan Komuniti Pengguna Wikimedia Malaysia (WCUGM).

Kelab Wiki Kent
Logo Kelab Wiki Kent

Pusat kelab
LocationTuaran
Approval date18 Ogos 2023
Official language(s)Central Dusun, Bahasa Melayu
Other language(s)Inggeris
PengerusiBlusjai
ReportsLaporan
Instagramkelabwikikent
MottoBoros nopo nga guas toilaan (Bahasa adalah akar pengetahuan)

Objektif

edit
  • Memartabatkan bahasa Kadazandusun.
  • Memperkenalkan budaya-budaya masyarakat Kadazandusun di peringkat global.
  • Mendigitalkan pengetahuan budaya dan bahasa Kadazandusun.

Sejarah ringkas

edit

Dari Julai 2021 hingga September 2023, berbagai kerjasama IPG Kampus Kent bersama Wikimedia Malaysia dalam acara penting telah berlangsung. Linah Bagu, Ketua Jabatan Bahasa Kadazandusun, dilantik sebagai juri WikiKata pada Julai 2021. Bengkel Wikikamus bahasa Kadazandusun, acara Wikimedia pertama, diadakan di IPGK Kent pada November 2022. Pada Januari 2023, pelajar-pelajar menyertai pertandingan #100hariwiki dan seorang pelajar memenangi tempat pertama. WikiGap 2023, anjuran Kedutaan Besar Sweden di Kuala Lumpur, diadakan pada Mac 2023. Seorang pelajar menjadi pelatih di Bengkel Wikimania NYAA di Singapura pada Mei 2023. Pada bulan yang sama, Linah Bagu dicalonkan oleh KKP Wikimedia Malaysia untuk menghadiri Forum Internet Stockholm dan projek WikiBudaya Kaamatan dijalankan. Pada Ogos 2023, delegasi menghadiri Wikimania Singapura dan kelab dirasmikan. Pada akhir bulan, delegasi menghadiri pembukaan Konsulat Kehormat Sweden di Kota Kinabalu. Jawatankuasa 2023/2024 dilantik pada September 2023.

Dalam berita

edit

Pautan luar

edit