Meta:Babylon/Penterjemahan/Penterjemah baru
Projek-projek Wikimedia tersedia untuk semua orang secara percuma. Ini tidak mustahil kerana kami menyuntingnya pada masa terluang kami. Kami menulis, membaca pruf, meronda perubahan terkini dan mengundurkan salah laku serta menterjemah kandungan.
Terdapat juga projek-projek seperti Wikikamus, kamus bebas; Wikimedia Commons, koleksi fail imej, video dan bunyi yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja; Wikisumber, perpustakaan digital dengan teks-teks bebas dan banyak lagi. Bersama-sama kami membentuk pergerakan Wikimedia. Kesemua inisiatif ini bergantung kepada maklumat yang tersedia dalam seberapa banyak bahasa yang mungkin. Anda boleh membantu kami di sini.
Anda boleh sertai kami di senarai mel penterjemah Wikimedia. Ia tidak mempunyai banyak lalu lintas.
Sebelum anda mula, sila cipta akaun jika anda masih belum mempunyainya lagi.