Template:Grants/Index/Stages/Review/ms
Halaman ini mendokumentasikan proses program WMF Project and Event Grants. Kembali ke halaman Grants:PEG pada bila-bila masa untuk mendapatkan maklumat lanjut!
Tolong jangan edit halaman ini. Jika anda mempunyai cadangan, sila buat halaman perbincangan.
Ini adalah peringkat apabila cadangan geran anda dibincangkan oleh masyarakat dan anda mengetahui sama ada ia akan dibiayai.
Lihat review untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang proses ini khusus untuk program anda.
- Kelayakan
- WMF perlu menentukan sama ada anda layak untuk meminta pembiayaan atau menerima geran. Anda mesti terus kekal layak melalui proses semakan untuk benar-benar menerima pembiayaan.
- Perbincangan
- Libatkan diri dalam review process program anda secara aktif, dan balas sebarang soalan atau komen daripada jawatankuasa anda atau daripada Kakitangan WMF. Proses semakan adalah berbeza untuk setiap program.
- Semakan
- Untuk beberapa program geran, anda mungkin berpeluang membuat perubahan pada permintaan anda semasa beberapa peringkat proses semakan. Untuk program lain, anda mungkin memerlukan kebenaran untuk membuat sebarang perubahan selepas permintaan anda diserahkan. Selepas keputusan dibuat, permintaan geran anda tidak boleh diubah melainkan anda meminta dan menerima kebenaran daripada WMF untuk membuat perubahan.
- Keputusan
- WMF akan mengumumkan keputusan tentang permintaan anda untuk dana dan akan menukar status halaman permintaan anda untuk menunjukkan keputusan tersebut. WMF juga akan menulis surat kepada anda untuk mengumumkan keputusan itu, dan anda perlu membalas permintaan WMF untuk mendapatkan maklumat untuk menerima dan memuktamadkan pemberian anda jika ia dibiayai.