Wiki Bertutur dalam Bahasa Anda
Main Page | Get started | Get involved | Languages | Case studies | Tips | Resources |
Wiki Bertutur dalam Bahasa Anda atau WikiSYL ialah satu usaha untuk memperkayakan projek-projek Wikimedia dengan fail audio dan video berlesen bebas yang mendokumenkan contoh lisan bagi setiap bahasa, jenis bahasa dan dialek di dunia. Etnologi Antarabangsa SIL menyenaraikan 7,457 bahasa di dunia (7,097 masih wujud dan 360 pupus) dalam edisi ke-19 yang dilancarkan pada 2016. Projek Wikimedia kaya akan maklumat berbentuk teks daripada kebanyakan bahasa tersebut, terutamanya dalam rencana dan bahan pembelajaran di Wikipedia dan Wikibuku; namun, mereka kekurangan fail audio dan video yang mendokumenkan contoh lisan bahasa yang meningkatkan mutu dan memberikan nilai pendidikan bagi rencana dan bahan belajar yang tersedia. Kerana pendedahan bahasa tidak dapat dilakukan dengan baik melalui maklumat berbentuk teks sahaja, pembaca bersemangat untuk mendapatkan contoh lisan bahasa bagi memperoleh pengetahuan yang lebih menyeluruh daripadanya. Contoh lisan bahasa tidak hanya membuat perwakilan yang lebih menyeluruh terhadap topik, tetapi mereka juga membantu dalam mengembangkan beberapa kemahiran berbahasa yang tidak dapat dikembangkan hanya melalui pembacaan. Memperoleh fail audio dan video bebas untuk mendokumenkan contoh lisan bahasa ialah salah satu cara peningkatan dalam perwakilan bagi topik-topik bahasa pada projek-projek Wikimedia. Fail-fail tersebut dengan contoh beberapa bahasa untuk tujuan pendidikan sudah wujud dalam institut bahasa, pendidikan, perpustakaan akademik, arkib kebangsaan dan muzium. Tugas kita adalah untuk mendekati institusi-institusi tersebut dan berunding dengan mereka supaya fail-fail itu boleh siap untuk digunakan dalam projek-projek Wikimedia. Bagi bahasa lain, fail-fail tersebut tidak wujud dan menjadi tugas kita untuk memikirkan cara untuk membuat rakaman untuk mereka. Memandangkan kelaziman global pergerakan Wikimedia dan ketersediaan projek-projek Wikimedia dalam hampir 300 bahasa, terdapat pelbagai peluang untuk memulakan projek yang boleh menyumbang kepada matlamat untuk usaha WikiSYL. WikiSYL bertujuan untuk memperoleh fail audio dan video berlesen bebas yang mendokumenkan contoh lisan bahasa melalui tiga cara:
Usaha WikiSYL terutamanya memberikan sokongan kepada pergerakan pertubuhan dan kumpulan yang tertarik dalam melaksanakan projek-projek dengan tujuan memperoleh fail audio dan video, tetapi juga dalam menjalankan kegiatan kemasyarakatan pada penambahan fail ke rencana dan menghasilkan kandungan pada topik-topik bahasa. Misi: Misi usaha ini adalah untuk membolehkan capaian bebas kepada contoh lisan dari setiap bahasa, jenis bahasa dan dialek di dunia. |