Pemilihan Yayasan Wikimedia/2022/Panduan untuk calon
Panduan untuk Calon
Calon mestilah:
- Mematuhi Tatakelakuan Sejagat dan menghormati Dasar Ruangan Mesra,
- Hanya menerbitkan butiran mengenai pencalonan dan acara pemilihan di ruangan dalam talian yang dibenarkan oleh penganjur ruangan tersebut.
Calon dikehendaki untuk:
- Menghadiri sesi "Bertemu Calon" yang dianjurkan dan diselaraskan oleh Jawatankuasa Pemilihan.
- Menjawab soalan yang dipilih oleh pertubuhan bersekutu dan ahli komuniti.
- Berkongsi kenyataan menggunakan alat saranan pengundian (Kompas Pemilihan).
Calon mestilah tidak:
- Menghadiri perjumpaan komuniti tentang pemilihan Lembaga Pemegang Amanah tanpa kebenaran daripada Jawatankuasa Pemilihan.
- Menerbitkan bahan kempen individu mengenai pencalonan selama tempoh pengundian komuniti.
- Berkempen di Wikimania, atau acara komuniti lain yang diputuskan oleh penganjur acara.
- Meletakkan pautan kepada halaman tambahan dalam kenyataan permohonan pencalonan.
- Bekerja secara berkumpulan dengan calon lain.
Catatan: Calon hanya diharapkan menjawab soalan daripada komuniti dan pertubuhan bersekutu yang dipilih oleh Jawatankuasa Pemmilihan. Calon tidak perlu menjawab semua soalan daripada komuniti dan pertubuhan bersekutu.