Wikimedia Foundation elections/Board elections/2008/ms
The results were announced on 26 June 2008.
Pemilihan Lembaga 2008 |
---|
Pengurusan |
Proses Pemilihan Lembaga Amanah 2008 akan dilaksanakan antara 1 dan 21 Jun 2008. Anggota komuniti Wikimedia mempunyai peluang untuk memilih seorang calon yang akan bertugas selama satu tahun hingga Julai 2009. Lembaga Amanah adalah majlis tertinggi di dalam Yayasan Wikimedia, sebuah pertubuhan bukan untung 501(c)(3) berdaftar di Florida, Amerika Syarikat. Yayasan Wikimedia mengendalikan pelbagai projek wiki seperti Wikipedia dan Commons.
Pemilihan akan diadakan secara terjamin melalui pelayan milik Software in the Public Interest. Setiap suara disifatkan sebagai rahsia dan hanya dapat dilihat oleh petugas yang bertanggungjawab mengaudit dan mengira suara tersebut. Pengundi akan menomborkan calon mengikut keutamaan. Undian itu kemudian akan diselaraskan mengikut kaedah Schulze untuk menyusun calon mengikut jumlah pengundi yang memilihnya mengatasi calon lain.
Semua waktu dalam laman ini adalah pada 00:00 (tengah malam) UTC.
Maklumat kepada pengundi
editKelayakan
editAnda boleh mengundi dari mana-mana akaun berdaftar yang anda miliki di wiki Wikimedia (anda cuma boleh mengundi sekali, tidak kira berapa akaun yang anda miliki). Untuk layak, akaun yang anda gunakan ini perlu:
- tidak disekat; dan
- bukan bot; dan
- mempunyai sekurang-kurangnya 600 suntingan sebelum 01 Mac 2008 di wiki tersebut (suntingan di beberapa wiki tiidak boleh digabungkan); dan
- telah melakukan sekurang-kurangnya 50 suntingan antara 01 Januari dan 29 Mei 2008 di wiki tersebut.
Pengecualian khas: pengguna berikut boleh mengundi tanpa mengambil kira keperluan di atas:
- pentadbir pelayan Wikimedia dengan capaian kerangka;
- kakitangan bergaji Yayasan Wikimedia yang mula bekerja di pejabat sebelum 01 Mac 2008;
- ahli atau bekas ahli Lembaga Amanah.
Cara mengundi
editJika anda layak mengundi:
- Baca penyataan calon dan putuskan calon yang anda ingin sokong.
- Pergi ke laman wiki "Special:Boardvote" di wiki yang anda layak mengundi. Sebagai contoh, jika anda paling aktif di wiki ms.wikipedia.org/, pergi ke ms.wikipedia.org/wiki/Special:Boardvote.
- Ikuti arahan di laman tersebut.
Maklumat untuk calon
editTanggungjawab Lembaga
editLembaga Amanah secara umumnya bertanggungjawab:
- menentukan misi, matlamat, pelan jangka panjang dan dasar peringkat tinggi yayasan dan projeknya;
- melantik Pengarah Eksekutif (yang menyelia operasi seharian), dan menilai prestasinya;
- memastikan kemampanan pertubuhan dengan menentukan beberapa sumber pendapatan bebas;
- menyampaikan arah tuju dan aktiviti Yayasan kepada masyarakat;
- mengawasi kakitangan dalam hal perakaunan, belanjawan dan program;
- mengekalkan integriti perundangan dan etika;
- merekrut dan mengorientasi ahli baru Lembaga.
Di dalam Lembaga, jawatan khusus dengan tanggungjawab tambahan (seperti Pengerusi, Setiausaha Eksekutif dan Bendahari) ditakrifkan dalam undang-undang kecil Wikimedia dan dilantik setiap tahun oleh dan dari kalangan Lembaga.
Tanggungjawab Lembaga tidak termasuk:
- masuk campur dalam hal seharian, kecuali dalam kecemasan;
- menyusun dasar penyuntingan peringkat projek;
- menyelesaikan pertikaian asas komuniti;
- menyumbang secara sukarela dalam bidang khusus kerja organisasi biasa.
Tanggungjawab sebagai ahli Lembaga
editMenjadi ahli pertubuhan kecil seperti Yayasan Wikimedia, yang menghadapi cabaran besar, boleh memakan banyak masa. Kedudukan ini ditawarkan secara sukarela dan tanpa bayaran. Sementara ahli Lembaga tidak diharap memberikan duit sendiri kepada pertubuhan, mereka digalakkan membantu menubuhkan tabung.
Ahli Lembaga dikehendaki menghadiri sekurang-kurangnya 3–4 mesyuarat setiap tahun secara sendiri, menghadiri Wikimania (persidangan tahunan), dan mengahdiri mesyuarat dan undian dalam talian yang telah dijadualkan. Lembaga berhubung secara intensif menggunakan e-mel, wiki, dan IRC. Pemegang amanah individu kadangkala menyertai mesyuarat strategik dengan pertubuhan dan syarikat lain, dan menyampaikan hasilnya kepada Lembaga dan kakitangan.
Individu ahli Lembaga dijangka terlibat dalam aktiviti tertentu (seperti menubuhkan tabung, Wikimania, atau mengaudit) dan membantu mendraf dasar, piagam dan ketetapan topik tersebut.
Lembaga Amanah yang ideal mempunyai campuran kemahiran berbeza: ia terdiri dari pemimpin dan pemikir skala besar, veteran bukan-untung dengan pengalaman perakaunan atau undang-undang, pakar menubuhkan tabung dan tokoh masyarakat. Ia mempunyai berbagai-bagai budaya, sebagai cermin kepelbagaian yang dijumpai dalam masyarakat projek Yayasan. Ia melihat pengurusan korporat secara serius sambil membangkitkan semangat kakitangan untuk berusaha ke arah matlamat jangka panjang bercita-cita tinggi tetapi realistik.
Peranan ahli Lembaga bukanlah yang paling mengujakan atau memberikan ganjaran yang banyak. Kebanyakan kerja mereka tidak disedari; sesetengahnya amat sulit, dan yang lain pula cuma pentadbiran. Akan tetapi, ia merupakan peluang unik untuk melakukan perbezaan dalam salah satu pertubuhan kebudayaan penting di planet ini.
Disebabkan ahli Lembaga mempunyai tugas disebabkan oleh kedudukan mereka, calon yang ketika ini mempunyai kerja bergaji dengan Yayasan Wikimedia perlu meletakkan jawatan sebelum mereka boleh dilantik menyertai Lembaga Amanah. Ini adalah untuk mengelakkan kemungkinan konflik kepentingan.
Syarat menjadi calon
editUntuk layak menjadi calon, anda perlu:
- telah membuat sekurang-kurangnya 600 suntingan sebelum 01 Januari 2008 melalui mana-mana akaun berdaftar pada satu wiki (suntingan di beberapa wiki tidak boleh digabungkan); dan
- telah melakukan sekurang-kurangnya 50 suntingan antara 01 Januari dan 01 Jun 2008 di wiki tersebut; dan
- mendedahkan kepada awam nama sebenar dalam penyataan pencalonan anda (kerana identiti ahli Lembaga merupakan rekod awam, adalah tidak mungkin untuk orang yang namanya tidak diketahui atau menggunakan nama samaran memegang kedudukan dalam Lembaga Amanah); dan
- berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan dianggap dewasa di sisi undang-undang di negara asal anda.
Bagaimana menghantar pencalonan anda
editJika anda layak, anda boleh menghantar pencalonana anda dengan melakukan yang berikut:
- Tulis secara ringkas tidak melebihi 1200 aksara dengan menyatakan apa yang ingin anda lakukan jika anda terpilih ke Lembaga Amanah, pendapat dan pengalaman anda yang berkait, dan apa-apa lagi yang anda fikir berhubungan. Anda tidak boleh menggunakan ringkasan anda untuk memaut ke laman senarai sokongan atau platform lain, dan tidak boleh bertanding bersama-sama dengan calon lain.
- Hantarkan ringkasan anda antara 00:00, 08 Mei 2008 (UTC) dan 23:59, 22 Mei 2008 (UTC). Selepas 22 Mei, ia tidak boleh ditukar kecuali untuk pembetulan kecil atau terjemahan. Sebarang tambahan yang dihantar selepas ini akan dicap tarikh dan dipersembahkan berasingan dari ringkasan asal, dan cuma akan ditunjukkan kepada pengundi jika ia diterjemahkan kepada semua bahasa sama seperti ringkasan asal.
- Hantarkan bukti identiti anda kepada Cary Bass (Koordinator Sukarela) sebelum 29 Mei 2008. Anda akan dihubungi secara peribadi oleh seorang ahli Jawatankuasa Pemilihan dengan maklumat cara memenuhi keperluan ini apabila anda mendaftarkan diri anda sebagai calon.
Calon yang gagal mengikuti syarat dan batas waktu di atas akan disingkirkan.
Organisasi
editGaris masa
edit- 01–31 Mei 2008: fasa terjemahan utama; jawatankuasa kecil menyelaras dan menggalakkan terjemahan secara aktif.
- 08–22 Mei 2008: penamaan calon.
- 29 Mei 2008: tarikh akhir menghantar bukti identiti (kelewatan atau kegagalan akan menyebabkan calon disingkirkan).
- 01–21 Jun 2008: pemilihan/pengundian berlangsung.
- 22–23 Jun 2008: penyemakan undian.
- 26 Jun 2008: pengumuman keputusan.
Penterjemah
editUntuk memastikan yang keratan lintang representatif masyarakat Wikimedia mengambil bahagian dalam pemilihan ini, adalah penting untuk menterjemahkan pemberitahuan pemilihan dan penyataan calon ke dalam sebanyak bahasa yang mungkin. Untuk membantu menterjemah, sila lihat laman penterjemahan.