Community Wishlist/Focus areas/Task prioritization/ms

This page is a translated version of the page Community Wishlist/Focus areas/Task prioritization and the translation is 100% complete.
Memudahkan peronda dan penyunting lain untuk mengutamakan tugasan mereka Submitted

Huraian

Memudahkan para peronda serta penyunting sekalian untuk mengutamakan tugasan, supaya mereka dapat menyemak dan menjunjung kualiti kandungan pada wiki-wiki mereka dengan lebih efisien.

Kami yakin akan kejayaan tugasan teknikal ini sekiranya hasilnya bakal meningkatkan kepuasan para penyunting atau peronda dan mengurangkan "longgokan" perkara untuk disemak semula, dan menandakan kejayaan.

Latar belakang

Dengan skala dan kerancakan aktiviti suntingan di Wikipedia (contoh), rata-rata para penyunting berpengalaman dan peronda sekalian boleh dibanjiri dengan maklumat dan berasa terbeban dengan mana satu tugasan yang perlu diberi tumpuan. Bak kata salah seorang daripada penyumbang: "Jika seseorang mempunyai banyak rencana pada Senarai Pantau dan ingin memeriksa kesemua atau sebanyak mungkin laman-laman di bawah pantauannya, sudah tentulah perkara ini memerlukan banyak masa. Pemeriksaan ke atas perubahan semantik yang dilakukan oleh penyunting manusia juga memerlukan lebih banyak usaha terutamanya apabila perbezaan antara semakan itu sangat panjang dan berselerak dengan ditambah pula dengan perubahan yang dilakukan oleh bot."

Para penyumbang dan penyunting sekalian memerlukan peralatan yang lebih baik serta keupayaan yang lebih tinggi untuk menjunjung kualiti wiki masing-masing, khususnya dari segi di mana dan bagaimana untuk memberi fokus terlebih dahulu. Kes penggunaan termasuklah para penyunting yang ingin mengekalkan kualiti topik tertentu (contoh topik: sistem aliran transit) yang sejajar dengan minat peribadi mereka, serta para penyunting yang berusaha memastikan suntingan bertopik dan bernilai berita (contohnya seperti Sukan Olimpik 2024) atau laman-laman baharu sejajar dengan kualiti piawaian wiki mereka.

Objektif

Bidang tumpuan ini adalah berhubungan dengan objektif-objektif Yayasan Wikimedia seperti berikut:

  • WE1: Kedua-dua penyumbang yang baharu mahupun yang berpengalaman dapat berkumpul secara dalam talian untuk membina ensiklopedia yang boleh dipercayai, dengan cara yang lebih mudah dan kurang penghampaan.
  • WE2: Komuniti-komuniti diberi sokongan untuk mengurangkan jurang pengetahuan secara berkesan melalui perisian dan sistem sokongan yang lebih mudah diakses, disesuai, dan dipertingkatkan, supaya dapat memastikan peningkatan perkembangan kandungan ensiklopedia yang boleh dipercayai.

Butiran lain

Kemas kini terakhir: 19:56, 29 Ogos 2024 (UTC)

Dicipta pada: 08:54, 6 August 2024 (UTC)

Semua hajat dalam bidang tumpuan ini

Berikut merupakan satu senarai semua hajat yang telah menyediakan maklumat untuk bidang tumpuan ini. Hajat baharu boleh ditambah ke dalam jadual ini dari masa ke masa. Pengundian untuk bidang tumpuan tersebut tidak dapat menjamin bahawa setiap hajat akan dipenuhi secara terus; sebaliknya, hajat-hajat tersebut menandakan masalah-masalah yang dapat disimpulkan secara keseluruhan. Sebaik sahaja sesuatu bidang tumpuan itu telah diterima pakai, pasukan yang berkenaan akan bekerjasama dengan komuniti untuk memberi keutamaan dan menyampaikan penyelesaian dengan kesan yang paling ketara.

Hajat Phabricator tasks Type Projects Date (UTC) Status
A way to filter edits by Citation bot, InternetArchiveBot and OAbot from diffs T302921 Permintaan ciri Wikipedia 2024-09-11T03:43:53.000Z11 September 2024 Open
To-do list T3492 Permintaan ciri Semua projek 2024-08-21T10:15:33.000Z21 Ogos 2024 Open
Bantu penyunting merancang tugasan mereka dengan lebih mudah Permintaan ciri Semua projek 2024-08-20T22:43:06.000Z20 Ogos 2024 Open
Watchlist - identify Structured Data changes Permintaan ciri Wikimedia Commons 2024-08-20T09:08:45.000Z20 Ogos 2024 Open
Watchlist review timeout issue Tidak diketahui Wikipedia 2024-08-14T16:14:39.000Z14 Ogos 2024 Open
Add preference for green and yellow wikilinks to denote Good and Featured Articles Permintaan ciri Wikipedia 2024-08-14T09:28:19.000Z14 Ogos 2024 Open
Single good way of listing revisions on mobile web Perubahan sistem Wikipedia, Wikimedia Commons, Wikisumber, Wikikamus, Wikivoyage, Wikiquote, Wikiversity, Wikispecies, Wikinews, Meta-Wiki 2024-08-09T16:52:56.000Z9 Ogos 2024 Open
Watchlist - hide structured data edits Permintaan ciri Wikimedia Commons 2024-08-06T14:12:24.000Z6 Ogos 2024 Open
Flytta bevakningslistor i Globala bevakningslistan Perubahan sistem Semua projek 2024-08-06T14:11:41.000Z6 Ogos 2024 Open
Watchlist highlighting Permintaan ciri Wikipedia, Wikidata, Wikimedia Commons, Wikisumber, Wikikamus, Wikivoyage, Wikiquote, Wikiversity, Wikifungsi, Wikispecies, Wikinews, Meta-Wiki 2024-08-06T12:49:45.000Z6 Ogos 2024 Open

Pengundian

Bidang tumpuan ini kini mempunyai 11 penyokong. Proses mengundi bidang tumpuan ini kekal dibuka sehingga ia selesai. Tunjukkanlah sokongan anda menggunakan butang sokong seperti berikut.

Sokong bidang tumpuanSila log masuk untuk menyokong bidang tumpuan ini

Penyokong bidang tumpuan ini

  Support Johnson524 (talk) 12 Ogos 2024 04:19 (UTC) Each of these wishlist items seem like they could be a good addition to their respective projects
  Support Janhrach (talk) 12 Ogos 2024 13:37 (UTC)
  Support Keith D (talk) 12 Ogos 2024 19:20 (UTC) The time-out issue is a must to fix, the highlighting one need some thought to come-up with a workable solution, rest are quick-wins.
  Support Prototyperspective (talk) 17 Ogos 2024 15:59 (UTC) this = more time that can be used for any other contributions; however I don't think it's (only) "prioritization" – it's also (mainly) better task organization including removals of repetitive tasks that don't need to be done or tags/notes for watchlisted items.
  Support Hakimi97 (talk) 21 Ogos 2024 01:10 (UTC)
  Support Barkeep49 (talk) 26 Ogos 2024 16:35 (UTC)
  Support 2NumForIce (talk) 27 Ogos 2024 02:17 (UTC) They're all very nice features, especially to-do list, to keep a list of tasks on-wiki, as well as watchlist improvements.
  Support Shizhao (talk) 29 Ogos 2024 05:31 (UTC)
  Support Labdajiwa (talk) 1 September 2024 00:00 (UTC)
  Support Evesiesta (talk) 9 September 2024 05:33 (UTC)
  Support Wostr (talk) 13 September 2024 17:08 (UTC)