Persidangan ESEAP 2018
Rumah | Program | Hadir | Penyerahan | Peserta | Tempat | Panduan perjalanan | Soalan Lazim | Laporan |
Persidangan ESEAP 2018 merupakan persidangan serantau bagi komuniti Wikimedia sekitar rantau ESEAP. ESEAP bermaksud Asia Timur, Tenggara, dan Pasifik. Bertempat di Bali, Indonesia pada 5–6 Mei 2018, ini merupakan persidangan serantau yang pertama bagi komuniti Wikimedia ini.
Latar belakang |
|
Matlamat
- Mempelajari bagaimana untuk membina dan mengurus komuniti Wikimedia tempatan (pembangunan kapasiti)
- Menggalakkan kerjasama Wikimedia serantau dalam rantau ESEAP
Sejarah
Pesidangan ESEAP mengambil masa beberapa tahun dibincangkan sehingga akhirnya acara itu akan diadakan di Bali, Indonesia pada 2018. Semasa WMCON 2015 di Berlin, ahli Wikimedia dari Wikimedia Hong Kong (WMHK), Wikimedia Indonesia (WMID), Wikimedia Philippines (WMPH), Wikimedia Taiwan (WMTW), dan Kumpulan Pengguna China mempunyai perbincangan awal mengenai keperluan untuk mengadakan pertemuan serantau.[1] Idea ini telah ditangguhkan selama-lamanya disebabkan oleh susulan terhad. Setahun kemudian, semasa WMCON 2016, wakil-wakil WMHK, WMTW, WMID, Wikimedia Thailand (WMTH), Kumpulan Pengguna China, ahli Wikimedia di Korea, Wikimedia Australia (WMAU) mengadakan perbincangan mengenai aktiviti serantau. Hasilnya adalah halaman platform dalam talian di Meta yang dipanggil ESEA Hub,[2] yang juga termasuk laporan berita berkala yang mengandungi laporan aktiviti/berita dari bahagian dan kumpulan pengguna di kawasan ESEA (malangnya ia juga kini sedang tergendala). Satu idea mengenai persaingan serantau juga dibincangkan, tetapi tidak ada sumber yang mencukupi untuk melaksanakan acara itu pada masa itu.
Kegigihan untuk mengadakan pertemuan serantau meningkat dengan lebih baik semasa perbincangan di WMCON 2017,[3] yang dihadiri oleh ahli-ahli Wikimedia dari China, Taiwan, Jepun, Korea Selatan, Filipina, Indonesia, Australia, Thailand, dan Malaysia. Kita semua berkongsi keprihatinan umum bahawa negara-negara tersebut tidak pernah mempunyai kerjasama yang mampan atau ada dialog antara satu sama lain, seperti yang ditunjukkan oleh kekurangan persidangan serantau di kawasan tersebut. Kami percaya bahawa berkongsi pengalaman antara kami akan memperkuat komuniti kami dan mungkin membawa kepada perkongsian yang hebat di masa hadapan. Walau bagaimanapun, memandangkan kapasiti sukarelawan dan sumber yang ada, diputuskan bahawa persidangan pertama akan menjadi kecil tetapi intim dan mencukupi untuk menarik peserta mengenai perbualan penting.
Kami memutuskan untuk mengadakan persidangan serantau yang merangkumi kawasan Asia Timur, Asia Tenggara dan Pasifik (ESEAP) disebabkan oleh (a) kedekatan geografi, (b) libat urus Wikimediawan yang semakin kuat dari negara-negara majoriti rantau ini sejak beberapa tahun kebelakangan (dalam talian dan luar talian), dan (c) keperluan untuk mengukuhkan komuniti kerana kami mempunyai lebih daripada 2,000 bahasa yang ada di rantau ini, tetapi kurang dari 1% daripada mereka mempunyai Wikipedia, Wikikamus, atau projek Wikimedia yang lain secara sendiri.
Wikimediawan di rantau Asia Timur, Asia Tenggara dan Pasifik yang tersenarai di dalam laman ini, terutama mereka yang terlibat secara aktif atau mempunyai kepentingan besar dalam pembangunan komuniti tempatan, boleh menyertai persidangan tersebut.
Jawatankuasa
Kakitangan Jawatankuasa
- Penyelaras acara dan sukarelawan
- Penyelaras pentadbiran dan logistik
Jawatankuasa Sukarelawan
- Logistik
- Program
- Biasiswa
- Athikhun Suwannakhan (penyelaras)
- Rachmat Wahidi
- Robert Myers
- Erick Guan
- Komunikasi
Rujukan