Hari Muzium Antarabangsa 2024/Kempen imej
Hari Muzium Antarabangsa 2024 ialah suatu panggilan untuk meningkatkan maklumat mengenai muzium serata dunia dan mewakili tema tahun ini: Muzium untuk Pendidikan dan Penyelidikan. Wikimediawan perseorangan, badan gabungan, dan kumpulan pengguna, dijemput untuk menyahut tiga cabaran untuk meningkatkan liputan muzium dalam Wikimedia: terjemahan, media, dan data.
Bagi cabaran media, anda dijemput untuk berkongsi gambar yang menggambarkan bagaimana muzium bekerja dengan tema berkaitan pendidikan dan penyelidikan.
- Memperkenalkan kawasan pendidikan khusus muzium;
- Menghadiri acara atau bengkel jangkauan dan pendidikan;
- Mencari perpustakaan atau arkib muzium;
- Melawat pameran tertentu;
- Mendokumen sumber yang boleh dicapai dan diolah;
- Menghadiri program keluarga atau malam muzium.
Menerokai peta dunia bagi semua muzium di Wikidata. | |
Pilih muzium yang anda mahu ambil gambar.
Ingat tema tahun ini: Muzium untuk Pendidikan dan Penyelidikan. | |
Tangkap gambar terbaik anda. | |
Tambah data berstruktur pada gambar yang dimuat naik. |
Sentiasa ingat syor ini:
- Semak laman Wikimedia Commons dengan garis panduan bagaimana untuk mengambil imej berkualiti atau gambar pilihan:
- Pertimbangkan kualiti teknikal imej: pendedahan, komposisi, kawalan pergerakan, kedalaman medan, perspektif, perbandingan, warna.
- Apabila mengambil gambar, pertimbangkan juga keasliannya;
- Dan bagaimana gambar ini mungkin akan berguna untuk projek-projek Wikimedia;
- Jangan lupa menambah kategori, data berstruktur, dan keterangan fail pada bahan yang anda muat naik. Maklumat ini membuatkan gambar anda lebih mudah dicari dan dicapai. Jika perlu, gunakan panduan 'langkah pertama' ini untuk memandu proses muat naik anda.
Proses muat naik yang terpandu akan secara langsung menempatkan gambar anda dalam keseluruhan kategori Hari Muzium Antarabangsa, tetapi sila tambah kategori yang khusus dan sesuai pada gambar anda. Ini akan memastikan Wikimedia Commons dalam aturan dan gambar anda akan dijumpai dengan lebih mudah.
Kami juga mengesyorkan setiap fail mestilah:
- Gambar yang diambil dan dimuat naik secara peribadi;
- Dimuat naik semasa tempoh panggilan untuk bertindak (1 Mei - 31 Mei);
- Dilesenkan dengan lesen CC BY-SA;
- Menghormati dan tidak melanggar privasi peribadi atau hak cipta;
Sementara tema tahun ini Muzium untuk Pendidikan dan Penyelidikan, anda juga boleh muat naik gambar muzium yang lebih umum di bawah kategori, Gambar dari Hari Muzium Antarabangsa 2024. Anda boleh juga muat naik gambar yang anda telah ambil pada masa lalu.
Ini bukan pertandingan global dengan hadiah, tetapi penganjur tempatan mungkin memutuskan untuk menganjurkan pertandingan.
Sebagai inspirasi, lihat gambar yang dimuat naik semasa kempen tahun lepas dengan tema Kelestarian dan Kesejahteraan:
-
Rotonda Hall, Vatican Museums
-
Oberhausen Bunker Museum, Germany
-
Museum zu Allerheiligen, Switzerland
-
Museum Kloster Sankt Georgen, Switzerland
-
Industriemuseums, Germany
Tarikh | 1 TO 31 MAY 2024 |
Hubungan Umum | cultureandheritagewikimedia.org |