Tatakelakuan Sejagat/Perundingan 2021/Penguatkuasaan/Komuniti berbahasa Melayu

This page is a translated version of the page Universal Code of Conduct/2021 consultations/Enforcement/Malay community and the translation is 100% complete.
Tatakelakuan Sejagat

Wikipedia Bahasa Melayu (ms.wikipedia.org/mswiki) ditubuhkan pada bulan Oktober 2020. Ia merupakan bahasa serantau Asia Tenggara pertama yang memiliki projek Wikipedianya sendiri. Sehingga 10 Mac 2021, mswiki memiliki 347,137 artikel dan menduduki peringkat ke-34 dalam senarai projek Wikipedia terbesar. Dalam satu hari, artikel di mswiki disunting sebanyak edited 577 kali dan 30 artikel baru dicipta secara purata. Projek ini memiliki sekitar 583 penyumbang aktif dan 15 penyelia, beserta dua projek saudari, iaitu Wiktionary Bahasa Melayu dan Wikibooks Bahasa Melayu. Agak berbeza dengan komuniti serantau ESEAP seperti di Indonesia dan Filipina, komuniti Wikimedia di Malaysia secara wataknya merupakan komuniti dalam talian sahaja selama beberapa tahun awal kewujudan mswiki dengan tiada kegiatan luar talian (sebuah "rapat umum" pernah dirancang pada tahun 2008 namun tidak membuahkan hasil). Barulah pada bulan Mei 2016 perjumpaan komuniti di luar talian pertama berlangsung di Nusajaya, Johor, yang berlanjut kepada penubuhan Kelompok Komuniti Wikimedia Malaysia (WMYS) dan persetujuannya sebagai pertubuhan bersekutu Wikimedia oleh Jawatankuasa Pertubuhan Bersekutu (AffCom) pada tahun 2017. Dalam empat tahun terakhir, kegiatan luar talian komuniti banyak dianjurkan pada negeri-negeri di Semenanjung, namun juga telah disertai oleh ahli-ahli dari Singapura, Brunei, dan Sabah sebagai bahagian yang penting dari komuniti serantau ESEAP yang lebih besar.

Keadaan semasa mengenai dasar tingkah laku

Secara umum, tiada ada dasar tingkah laku yang unik di mswiki. Sebilangan besar dasar dikembangkan dalam jangka waktu antara Ogos 2006 dan Julai 2013 oleh tujuh pengguna yang menyumbang sekurang-kurangnya satu bentuk dasar, dengan selebihnya disalin dengan semakan-semakan seperlunya dari Wikipedia bahasa Inggeris. Tiada dasar yang komprehensif untuk penguatkuasaan tingkah laku, sehingga penyelia pada amnya menerapkan tatacara penguatkuasaan secara ad hoc/kes per kes.

Terdapat dua isu utama mengenai perilaku yang telah menjadi perhatian oleh komuniti mswiki sejak lama dan telahpun diketengahkan berkali-kali tetapi belum mencapai bentuk musyawarah yang menghasilkan dasar tertulis dan/atau penguatkuasaan:

  • Kewujudan kandungan Wikipedia yang dapat dianggap sebagai pornografi, seksual, dan/atau bersifat lucah: pertama kali dibangkitkan pada tahun 2009 dan dibincangkan kembali pada tahun 2011 serta 2013. Pada saat ini isu ini diselesaikan dengan meletakkan templat peringatan {{18sx}} pada artikel yang mungkin mengandung isi pornografi dan/atau seksual, serta membatasi jumlah isi pada artikel-artikel terbabit.
  • Sumbangan oleh pengguna awanama: isu ini mencerminkan perbahasan serupa mengenai sumbangan awanama di beberapa projek Wikipedia lain. Pada bulan April 2021, komuniti mswiki bersepakat untuk menyekat ciptaan artikel oleh pengguna awanama dan menerapkan suatu pelaksanaan semakan artikel serupa Draft, namun kedua keputusan tersebut ditolak oleh pemaju MediaWiki oleh kerana tiada proses semakan Draft yang sedia ada dan saiz komuniti mswiki masih terlalu kecil untuk melaksanakan dasar tersebut.

Oleh kerana tiadanya suatu dasar tertulis yang komprehensif, penyelia mswiki bertanggungjawab untuk menguatkuasakan dasar tingkah laku yang sedia ada dengan cara yang dianggap patut pada saat satu kes muncul. Contohnya pada bulan Julai 2008, seorang penyelia mengemukakan satu aduan rasmi (melalui laman Permohonan Pendapat) yang menyabitkan seorang penyelia lain, dengan tuduhan menggunakan pengguna boneka untuk mengganggu seorang penyumbang. Penyelia-penyelia pada saat itu menubuhkan suatu proses ad hoc yang serupa dengan Arbcom pada Wikipedia Bahasa Inggeris, namun juga memiliki unsur-unsur yang mirip dengan perbicaraan kes jenayah pada hukum Malaysia yang dipengaruhi oleh common law warisan Inggeris. Dalam satu proses terbuka yang berlangsung selama dua belas hari, sebelas orang penyelia mengadakan perbicaraan yang melibatkan pendengaran pertuduhan (dari seorang penyelia yang dilantik sebagai ketua pendakwa raya); kesaksian dari plaintif (penyumbang yang diganggu oleh penyelia tertuduh) dan defendan (penyelia tertuduh), pemanggilan saksi tambahan (seorang steward di meta), dan diakhiri dengan satu undi berwajaran dari majelis hakim. Hasil pengadilan memutuskan memihak kepada plaintif dan mencabut status penyelia dari defendan. "Mahkamah" ini juga memberikan hak untuk mengajukan rayuan atas hukuman bagi defendan, tetapi mereka memilih untuk merayu dan perlahan-lahan berhenti mengedit sebelum hilang dari komuniti. Perbicaraan ini dapat dikatakan satu peristiwa yang luar biasa bukan hanya karena kecekapannya, tetapi juga karena tidak meninggalkan kesan yang berkekalan bagi kebijakan masyarakat: tiada ada garis panduan tingkah laku atau rencana penguatkuasaan yang diterima sebagai respons terhadap kes ini, dan tidak ada laporan bedah siasat yang pernah dilakukan sebagai. Sayangnya, semua penyelia yang terlibat dalam kes ini telah meninggalkan mswiki, sehingga tidak dapat dimintakan pandangan pada proses perundingan UCoC.

Kaedah rundingan

Proses rundingan diselenggarakan pada laman Permohonan Pendapat di mswiki dan disebarkan melalui emel kepada penyelia dan penyumbang aktif. Selama masa rundingan, perkembangan dan pembaharuan diumumkan pada laman dan tapak sembang mswiki di Facebook, Telegram, serta Discord. Survei juga dikirimkan melalui saluran yang sama dan diumumkan pada bahagian atas laman Permohonan Pendapat. Fasilitator juga menghubungi beberapa penyumbang secara peribadi dan mengumumkan proses rundingan pada panggilan Zoom/Google Meet yang dihadiri oleh penyumbang mswiki, seperti pertemuan bulanan ESEAP.

Kadar tindak balas agak rendah tetapi cukup biasa untuk taraf bagi komuniti mswiki. Hanya satu penyunting yang membalas di laman Permohonan Pendapat. Survei disertai oleh 14 pengguna, beberapa di antaranya meletakkan komen peribadi mereka di akhir survei. Jangkauan peribadi sebahagian besarnya tidak dibalas, kecuali beberapa pengguna yang berjanji untuk mengisi survei dan/atau menyertai perbincangan di laman Perohonan Pendapat. Perbincangan mengenai UCoC pada pertemuan ESEAP juga mendapat respons khusus dari seorang penyumbang mswiki.

Proses rundingan ini tidak diadakan secara khas untuk projek saudari mswiki di Wiktionary dan Wikibooks, kerana dasar tentang perilaku pada kedua projek tersebut boleh dikatakan tidak wujud kerana tiadanya komuniti penyumbang yang stabil. Sebahagian besar penyumbangnya adalah penyumbang aktif di mswiki juga, jadi untuk memudahkan maka proses rundingan dipusatkan pada mswiki sahaja.

Maklum balas

Secara umum, sukar untuk mengukur sentimen umum dari komuniti Melayu oleh kerana kurangnya penyertaan aktif dan spesifik, tetapi respon dari survei dan maklum balas secara spesifik oleh beberapa penyumbang memberi beberapa petunjuk yang bermakna.

Temuan-temuan yang penting dari survei:

  • 57.1% tidak mengetahui atau memahami tentang dasar tingkah laku Wikimedia;
  • 42.8% menyatakan pernah atau mungkin pernah diganggu di wiki;
  • 28.6% menyatakan pernah atau mungkin pernah mengalami salahguna kuasa dari pengguna pemegang amanah (penyelia, birokrat, ahli komuniti senior, dll);
  • 50% menyatakan pernah mengalami satu macam vandalisme, dari pengguna yang terdaftar mahu pun awanama;
  • 16.7% menyatakan pernah mempertimbangkan untuk berhenti dari menyunting atau meninggalkan projek sama sekali kerana gangguan, penyalahgunaan kuasa, dan/atau vandalisme yang mereka terima/alami;
  • 57.1% mengetahui tentang UCoC, tetapi 84.6% tidak pasti atau bersikap berkecuali berkecuali mengenai apakah dasar tingkah laku mswiki semasa (atau kekurangannya) telah bersepadu dengan UCoC, dan 57.1% bersikap berkecuali mengenai sama ada komuniti berbahasa Melayu terbuka untuk menyemak semula dan/atau melengkapkan kumpulan dasar tingkah laku semasa seiring dengan UCoC;
  • 71.4% memilih untuk mengadopsi UCoC sebagai asas standard minima untuk menerapkan dasar tingkah laku untuk komuniti berbahasa Melayu, berbanding dengan menerimanya sebagaimana adanya.

Badan penguatkuasa

  • Tiga badan teratas yang disukai untuk menguatkuasakan UCoC adalah: penyelia (dipilih oleh 92.9%), badan khas yang dipilih oleh anggota komuniti tempatan (71.4%), dan Jawatankuasa Timbang Tara/ArbCom (50%);
  • 78.6% bersikap berkecuali mengenai sama ada anggota badan penguatkuasa UCoC menerima elaun kewangan untuk perkhidmatan mereka;
  • 50% bersikap berkecuali sama ada Yayasan Wikimedia dan pertubuhan bersekutunya pada saat ini dapat menangani kes pelanggaran UCoC;
  • 78.6% menyokong mekanisme khas untuk menangani pengguna pemegang amanah (penyelia, birokrat, dll) yang melanggar UCoC;
  • 92.9% menyokong standard prosedur untuk melindungi hak dan kewajiban pihak yang terlibat dalam kes pelanggaran UCoC (plaintif, defendan, dan penguatkuasa);
  • 85.7% menyokong penubuhan badan yang dapat mendengar rayuan untuk kes pelanggaran UCoC dari komuniti tempatan di peringkat global;
  • 57.1% berkecuali dan 42.9% menyokong badan global tersebut untuk mengambil alih kemampuan komuniti tempatan untuk menguatkuasakan UCoC, sekiranya komuniti tidak mampu untuk menubuhkan satu sistem penguatkuasaan yang baik, memiliki reputasi buruk dalam hal-hal penguatkuasaan tingkah laku, dan/atau enggan bekerjasama dengan ekosistem penguatkuasaan UCoC global;
  • 78.6% menyokong kajian berkala atas naskhah UCoC;
  • Tiga badan teratas yang disukai untuk mengkaji naskhah UCoC secara berkala adalah komuniti tempatan (dipilih oleh 85.7%), badan khas yang dipilih oleh anggota komuniti tempatan (78.6%), dan badan khas yang dipilih oleh anggota komuniti global (64.3%).

Jalur dan saluran penguatkuasaan

  • 71.4% mengetahui langkah-langkah untuk melaporkan gangguan, penyalahgunaan kuasa, dan/atau vandalisme di wiki, tetapi hanya 23.1% yang pernah melakukannya sebelum ini;
  • 64.3% menyokong menangani gangguan, penyalahgunaan kuasa, dan/atau vandalisme secara kes per kes, dan 28.6% menyokong idea mekanisme penguatkuasaan yang telus dan dapat dilihat dan dipantau oleh semua penyumbang;
  • 71.4% menyokong privasi dan kemudahan akses sebagai dua hal utama yang harus ada dalam sistem pelaporan.

Sokongan untuk sasaran gangguan

Pada sebuah mesyuarat komuniti ESEAP, seorang penyumbang mswiki menyatakan bahawa sokongan untuk sasaran gangguan adalah dengan "menyingkirkan penyelia Wikipedia yang amat kejam terhadap penyumbang baru atau sesama penyumbang". Penyumbang terbabit berpendapat bahawa penyelia-penyelia tersebut menciptakan suatu keadaan di mana "penyumbang akan merasa berkecil hati untuk bergabung dengan komuniti Wikimedia" dan menyedari bahawa hal seperti ini telah "banyak kali terjadi".

Tanggapan lain yang relevan

Pada laman Permohonan Pendapat, seorang penyelia mengusulkan bahawa masalah yang berkaitan dengan tingkah laku terbesar adalah vandalisme dari pengguna alamat IP. Larangan penuh bagi mereka untuk membuat artikel akan menjadi penyelesaian yang logik untuk masalah ini, walaupun mengakui bahawa ia akan sangat menghambat kadar pertumbuhan projek. Ia juga menyatakan bahawa konsensus komuniti untuk melarang alamat IP membuat artikel pada tahun 2020 ditolak oleh pengembang di Phabricator, dan berharap agar WMF lebih peka terhadap konsensus yang dicapai oleh komuniti tempatan.

Kisah dari komuniti

Dalam sebuah mesyuarat ESEAP, seorang penyumbang mswiki menyumbang pengamatan bahawa "Wikipedia bukan hanya untuk para kutu buku ... kita perlu penjangkauan dan penjenamaan semula agar dapat diterima dengan baik. Bukan hanya mengenai produk, tetapi penjenamaan adalah penting. " Ia juga menyatakan bahawa "UCoC menetapkan harapan yang tinggi ... BUKAN tingkah laku minimum yang boleh diterima, melainkan jenis tingkah laku yang ingin kita miliki - untuk menjadi lebih sihat dan ramah".

Statistik

Demografi: jantina
Jantina Penyumbang yang memilih
Lelaki 17
Perempuan 1
Demografi: kumpulan umur
Kumpulan umur Penyumbang yang memilih
20-39 tahun 9
40-59 tahun 2
0-19 tahun 3
Enggan mendedahkan 2
Demografi: sumbangan wiki pertama
Sumbangan pertama di wiki Penyumbang yang memilih
Setelah 2015 7
2010-2015 4
Sebelum 2015 3
Demografi: hak/status di wiki
Hak/status Penyumbang yang memilih
Penyelia 9
Pengguna baru 2
Ahli sebuah pertubuhan bersekutu Wikimedia 5
Pengguna dengan pengalaman menggubal dasar di projek Wikimedia 4

Kesimpulan

Kesimpulannya, komuniti berbahasa Melayu secara amnya menerima pentingnya penguatkuasaan UCoC, tetapi belum merumuskan konsensus yang cukup mengenai cara menerapkannya secara tempatan dalam struktur dasar tingkah laku tempatan, atau untuk mengatakan sama ada ia sesuai atau tidak dengan nilai tempatan. Hasil rundingan tersebut mendapati bahawa komuniti lebih suka memutuskan mekanisme penguatkuasaannya sendiri, tetapi juga terbuka untuk membawa kes tempatan ke peringkat global jika diperlukan.

Komuniti telah menunjukkan kemampuan mereka untuk membuat mekanisme penguatkuasaan ad hoc untuk menangani kes-kes tingkah laku yang serius sebelumnya, dan akan menjadi preseden yang berharga sekiranya ia berlaku lagi pada bila-bila masa di masa depan. Secara umum, kerana ukuran komuniti kecil dan pertumbuhan keseluruhan projek yang perlahan, komuniti Melayu pada umumnya tidak mengalami kes-kes gangguan, penyalahgunaan kuasa, dan/atau vandalisme yang serius (kecuali beberapa keprihatinan mengenai isu yang telah disebutkan di atas), oleh itu tidak dirasa perlu atau mendesak untuk merumuskan sekumpulan dasar tingkah laku yang kuat.

Galeri