Apa yang anda tahu

edit

Sandakan Boarding School Wiki Club diilhamkan oleh Tn Rosman bin Idris Timbalan Sektor Pembangunan Murid Pejabat Pendidikan Sandakan. Dalam usaha membina keyakinan murid asrama dan berketrampilan program wikipedia dijadikan salah satu intervensi. Amri salihah (talk) 07:18, 5 June 2024 (UTC)Reply

Bantuan untuk laman Sandakan Boarding School Wiki Club.

edit

Salam sejahtera tuan. Saya dari Komuniti Pengguna Wikimedia Malaysia. Saya nampak tuan buat page untuk Sandakan Boarding School Wiki Club. Boleh ke saya bantu buatkan sedikit rangkanya di meta tersebut? Saya cadangkan:

  1. Nama page dijadikan "Sandakan Boarding School Wikipedia Programme" (Melayu: Program Wikipedia Asrama Sekolah Sandakan)
  2. Ada beberapa tab yang kita boleh buat: seperti
    1. Activity (Kegiatan) - boleh masukkan semua maklumat asas program yang telah dan akan dibuat. Dalam ni boleh masukkan macam takwim.
    2. Team (Pasukan) - dalam ni boleh masukkan carta organisasi kumpulan yang menggerakkan Program ni. Daripada Penasihat, Ketua Projek, Guru-guru program dll.
    3. School (Asrama) - dalam ni boleh masukkan profil ringkas sekolah-sekolah di Sandakan yang telah ditubuhkan kelab wiki.
    4. Gallery (Galeri) - dalam ni boleh masukkan gambar-gambar penting, di setiap program yang dianjurkan. Mungkin gambar group photo untuk setiap program, jika ada. Tak perlu letak banyak sebab boleh letak link Wikimedia Commons di situ nanti.
    5. Contact (Hubung) - dalam ni boleh masukkan maklumat perhubungan rasmi seperti e-mel ketua program, alamat surat-menyurat (jika perlu).

Jika tuan izinkan saya buat, nanti saya cuba bantu siapkan. Terima kasih. - Zahirulnukman (talk) 12:13, 3 August 2024 (UTC)Reply