WMDE Technical Wishes/Sub-referencing/ms

This page is a translated version of the page WMDE Technical Wishes/Sub-referencing and the translation is 99% complete.

Pada waktu ini, penggunaan semula rujukan yang sama dengan butiran yang berbeza tidak dapat dilakukan di dalam rencana dengan mudah. Ahli-ahli komuniti telah berkali-kali memohon penyelesaian daripada MediaWiki yang berfungsi tanpa templat dan mengikut cara rujukan semasa ini berfungsi, dari segi teks wiki dan Penyunting Visual. » Pelajari lebih lanjut tentang masalahnya

Menambah subrujukan
StatusDalam perkembangan
OriginTinjauan Hajat Teknikal 2013, 2015, 2022 dan lain-lain
Focus areaMemudahkan penggunaan semula rujukan
Phabricatorpapan projek
ResponsiblePasukan Hajat Teknikal

Beritahu kami pendapat anda

Kami mengundang anda untuk mencuba prototaip kami yang sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa. Pantaulah laman ini atau sertai langganan senarai mesej beramai untuk mempelajari lebih lanjut berkenaan perkara-perkara baharu yang anda boleh uji.
Baca lebih lanjut mengenai pengujian dan maklum balas

Sebagai salah satu daripada kawasan tumpuan "Memudahkan penggunaan semula rujukan", Pasukan Hajat Teknikal Wikimedia Deutschland memperkenalkan subrujukan, satu ciri pilihan yang membolehkan anda untuk menambah butiran berbeza pada rujukan sedia ada dengan mudah, tanpa perlu menambah kutipan rujukan tersebut berulang kali.

Rancangan kami adalah untuk membawa subrujukan ini ke tapak-tapak wiki Wikimedia pada akhir tahun 2024.

Ringkasan berkenaan subrujukan

Untuk memetik sumber lebih daripada sekali dengan butiran yang berbeza, anda memerlukan satu rujukan utama dan satu subrujukan.

  • Rujukan utama mengandungi maklumat bibliografi utama.
  • Subrujukan mengandungi maklumat terperinci seperti: nombor muka surat, atau maklumat tambahan lainnya yang berbeza untuk setiap petikan, seperti bab, ayat, atau nota tambahan.

 

  • Pada bahagian rujukan, pembaca melihat semua subrujukan yang dikumpulkan di bawah rujukan utama. Ini memudahkan pembaca untuk faham berapa kerap sesuatu sumber itu dipetik dalam rencana tersebut.
  • Bagi wikiteks, anda menggunakan atribut baharu untuk subrujukan. Nama semasa bagi atribut itu ialah extends, tetapi nama itu mungkin berubah sebelum ciri ini diterapkan. Kami akan mengumpulkan lebih banyak maklum balas tentang nama itu.
  • Dalam Penyunting Visual, kami sedang mengubah dialog petikan sedia ada supaya ia dapat menyokong subrujukan.

Manfaat utama

  • Subrujukan adalah berdasarkan cara rujukan kini berfungsi.
  • Ciri ini berfungsi untuk Penyunting Visual dan wikiteks, yang mendekatkan lagi persamaan antara kedua-duanya.
  • Penyelesaian ini akan disepadukan ke MediaWiki, dengan itu tersedia di semua wiki Wikimedia dan boleh digunakan tanpa mengatasinya dengan templat.
  • Subrujukan akan dipaparkan dengan betul di Pralihat Rujukan dan tetingkap timbul rujukan mudah alih.
  • Perkara tersebut tidak wajib: Anda masih boleh menggunakan kaedah lain untuk mencipta rujukan. Akan tetapi, anda mungkin akan menemui subrujukan dalam rencana yang ditulis oleh pengguna lain.
 
Beritahulah kami pendapat anda. Penting sekali ciri baharu ini tidak mengganggu aliran kerja pengguna, adalah intuitif dan berfungsi dengan baik untuk pengguna wikiteks dan Penyunting Visual tanpa mengira pengalaman atau pengetahuan mereka tentang wikiteks dan templat. Untuk memastikannya, kami perlu maklum balas anda:

Cara ia berfungsi

Dalam wikiteks

Penyelesaian subrujukan dalam wikiteks ini hampir selesai. Walau bagaimanapun, nama atribut mungkin berubah. Penyelesaian ini masih belum dilancarkan, sebahagian besarnya kerana kami ingin mengelakkan pengguna Penyunting Visual mengalami pengalaman yang jauh berbeza daripada pengguna wikiteks. Sokongan Penyunting Visual masih dibangunkan.   Anda masih boleh uji prototaip ini dan beritahu kami pengalaman anda.

Manfaat khusus bagi wikiteks

  • Penyelesaian ini berasaskan rujukan bernama yang sedia ada dan diketahui ramai.
  • Sebarang pengetahuan tentang templat tidak diperlukan.
  • Rujukan yang hampir sama boleh dikeluarkan dalam wikiteks, menjadikannya lebih bersih, kurang lewah dan lebih mudah dibaca.

 


 

Langkah demi langkah

1) Anda perlukan satu rujukan dengan maklumat bibliografi utama, yakni rujukan utama. Rujukan ini memerlukan nama:

<ref name="Miller">E. Miller, ''The Sun''. New York: Academic Press, 2005.</ref>

Rujukan utama ini perlu diletakkan pada seksyen rujukan, kalau tidak anda akan mempunyai rujukan dalam rencana yang tidak menunjukkan apa-apa butiran seperti muka surat. Dalam seksyen rujukan, gunakan sintaks <references> … </references>. Sekiranya rencana sudah menggunakan <references />, keluarkannya.

2) Anda cipta satu subrujukan, menggunakan nama rujukan utama dengan atribut extends. Anda tambahkan butiran di antara teg-teg <ref>:

<ref extends="Miller">Page 23.</ref>

Beginilah rupanya nanti:

According to scientists, the Sun is pretty big.<ref extends="Miller">Page 23.</ref> In fact, it is very big. Take their word for it.<ref extends="Miller">Page 48.</ref> Don't look directly at the sun!<ref extends="Miller">Page 23.</ref>

==References==
<references>
<ref name="Miller">E. Miller, ''The Sun''. New York: Academic Press, 2005.</ref>
</references>

 

 
Sila ingat

Jika anda ingin merujuk sumber baharu dengan menggunakan subrujukan di wikiteks, anda hanya perlu memastikan rujukan utama dibuat di bahagian rujukan.

Namun dalam kebanyakan keadaan, anda mungkin ingin menggunakan subrujukan dengan suatu rujukan yang telah terdapat pada rencana. Dalam keadaan sedemikian

  1. Tukar rujukan asal menjadi rujukan utama dengan menggunakan <ref name>.
  2. Pindahkan rujukan utama ke bahagian rujukan.
  3. Buat subrujukan di mana rujukan asal sebelum ini terdapat dalam teks rencana.
  4. Pindahkan butiran rujukan utama (nombor halaman dsb.) ke dalam subrujukan. Pastikan ia tidak lagi berada dalam rujukan utama, jika tidak butiran tersebut akan dipaparkan dua kali.
  5. Buat subrujukan semula di mana-mana sahaja anda mahu memetik sumber itu dengan butiran berbeza dalam rencana.

Anda juga boleh menggunakan semula subrujukan itu dengan memberikan subrujukan itu nama:

According to scientists, the Sun is pretty big.<ref extends="Miller" name="Miller, 23">Page 23.</ref> In fact, it is very big. Take their word for it.<ref extends="Miller">Page 48.</ref> Don't look directly at the sun!<ref name="Miller, 23" />

==References==
<references>
<ref name="Miller">E. Miller, ''The Sun''. New York: Academic Press, 2005.</ref>
</references>

 


Ambil perhatian

  • Menukarkan rujukan kepada rujukan utama dan subrujukan memerlukan perapian; dan rujukan utama biasanya perlu berada di dalam seksyen rujukan (seperti yang diterangkan di atas).
  • Anda boleh menggunakan subrujukan dengan templat-templat petikan. Kami telah menguji templat-templat yang paling biasa digunakan, tetapi templat kegemaran anda mungkin perlu dikemaskini untuk berfungsi dengan penyelesaian kami.
  • Sesetengah gajet/skrip yang berkaitan dengan rujukan juga mungkin perlu dikemaskini untuk berfungsi dengan betul dengan penyelesaian subrujukan baharu ini.
  • Subrujukan tidak boleh dihasilkan daripada subrujukan yang lain.
  • Jika <ref group> digunakan, rujukan utama dan subrujukan perlu berada dalam kumpulan yang sama.


Dalam Penyunting Visual (sedang dibangunkan)

Pada masa ini, kami tidak tahu bagaimana rupa ciri untuk Penyunting Visual. Setakat ini, kami mempunyai penyelesaian yang sangat minimum yang masih belum bersedia untuk dilancarkan. Dalam minggu-minggu akan datang, penyelesaian ini kemungkinan besar akan berubah.   Anda juga boleh uji prototaip dalam keadaan semasa penyelesaian Penyunting Visual. Sila ingat bahawa ia mungkin akan berubah. Kami akan mengemaskini halaman ini apabila aspek baharu boleh diuji.

Manfaat khusus bagi Penyunting Visual

  • Untuk memetik sumber yang sama dengan butiran yang berbeza, anda tidak perlu lagi membuat rujukan baharu dari awal.
  • Rujukan-rujukan sub adalah serasi sepenuhnya dengan Penyunting Visual (berbanding cara lain yang menggunakan templat): Anda boleh menciptanya melalui dialog petikan dan anda boleh menyuntingnya terus dalam bahagian rujukan.

 


 

Aliran kerja dalam prototaip semasa (kemungkinan berubah)

Mencipta sebuah subrujukan

  • Mencipta sebuah subrujukan pada masa ini berfungsi dengan menggunakan dialog petikan sedia ada.
  • Dalam tab "extends", pilih rujukan yang ingin anda gunakan semula. Tab ini mungkin akan dipertingkatkan selepas sesi ujian pengguna semasa kami.
     
  • Masukkan butiran subrujukan itu dan klik masukkan.
     
  • Tetimbul atau popup rujukan dalam Penyunting Visual menunjukkan bahawa rujukan ini ialah subrujukan, dan seberapa kerap ia digunakan semula.
     

Menyunting subrujukan sedia ada

  • Klik pada penanda catatan kaki di teks rencana untuk menyunting subrujukan.
  • Sekarang anda boleh mengubah butiran subrujukan. Anda juga akan dimaklumkan bahawa ia merupakan sebuah subrujukan.
     
  • Anda tidak boleh menyunting subrujukan daripada senarai rujukan.
  • Untuk menyunting rujukan utama, kliknya di seksyen rujukan.

Menggunakan semula subrujukan

  • Anda boleh menggunakan semula subrujukan dengan menggunakan tab "gunakan semula" dalam dialog petikan.
     

Sila ingat

  • Masalah sedia ada dengan nama automatik untuk rujukan dalam Penyunting Visual juga berlaku dengan membuat subrujukan.
  • Dalam Penyunting Visual, pada masa ini subrujukan boleh dicipta daripada subrujukan lain. Hal ini merupakan sesuatu ralat dan menyebabkan ralat semasa menyimpan. Ia tidak sepatutnya berfungsi nanti apabila masalah tersebut diselesaikan kelak, dan juga tidak berfungsi dalam wikiteks.
  • Kami masih belum mengusahakan apa yang akan berlaku apabila rujukan yang sedang digunakan semula dipadamkan.
  • Aliran kerja untuk menukar rujukan sedia ada dalam rujukan utama dan subrujukan masih belum ditentukan.
  • Apabila anda mencipta penggunaan semula subrujukan dalam Penyunting Visual kemudian bertukar kepada wikiteks, anda akan mendapati bahawa pernyataan dalam wikiteks ialah <ref extends="main-reference" name="sub-reference" />. Ini ialah pepijat dan akan diperbaiki dalam T367749.
  • <ref name="sub-reference name"/> pada masa ini tidak menunjukkan Pralihat Rujukan untuk rujukan separa dengan betul dalam mod penyuntingan Penyunting Visual. Anda hanya akan melihat butiran subrujukan dalam tetimbul dan bukan maklumat daripada rujukan utama. Untuk melihat maklumat rujukan utama dalam tetimbul juga, anda harus menggunakan sintaks <ref extends="main" name="sub-reference name" /> pada masa ini.

 Uji prototaip

Kami perlukan maklum balas anda untuk memastikan kami membina perkara yang betul. Maklum balas atau soalan sentiasa dialu-alukan di halaman perbincangan projek ini.

Prototaip tersedia di wiki beta. Pada masa ini, kami menjemput anda untuk menguji penyelesaian wikiteks: Uji di wiki beta Maklum balas

 
Sila ambil perhatian bahawa wiki-wiki beta berbeza sedikit daripada wiki biasa:
  • Ia mungkin nampak berbeza (contohnya tidak menggunakan kulit yang anda sukai).
  • Ia mungkin menawarkan beberapa ciri baharu yang masih diuji.
  • Ia hanya mengandungi beberapa halaman ujian dan templat, bukan seluruh kandungan wiki anda, dan bukan semua templat, modul, gajet dsb. yang anda biasa gunakan.
  • Pendaftaran masuk Wikimedia biasa anda tidak berfungsi pada wiki beta. Anda boleh sama ada cipta satu akaun – pastikan anda menggunakan kata laluan yang berbeza daripada akaun Wikimedia biasa anda – atau uji ciri ini tanpa akaun, yang akan menciptakan akaun sementara (pada de-betawiki) – atau paparkan alamat IP anda (pada en-betawiki).

Masalah yang sedang kami selesaikan

Dalam rencana-rencana Wikipedia, sesuatu sumber biasa dirujuk beberapa kali. Namun walaupun anda boleh menggunakan semula rujukan seperti seadanya, pada masa ini anda tidak boleh menggunakan semula rujukan yang sama dengan butiran berbeza (cth. nombor halaman berbeza). Anda hanya boleh membuat rujukan baharu atau menggunakan cara lain.

Status quo: Menggunakan semula rujukan di wikiteks dan Penyunting Visual

Jika anda ingin menggunakan semula rujukan dalam wikiteks, anda boleh mengubahnya menjadi rujukan bernama dan rujuk nama itu di tempat lain dalam rencana. Rujukan bernama itu boleh diletakkan dalam teks rencana atau di seksyen rujukan. Dalam Penyunting Visual anda boleh menggunakan pilihan "guna semula" dalam dialog petikan. Dalam bahagian rujukan, rujukan dengan nama yang sama dikumpulkan bersama.

Status quo: Menggunakan semula rujukan dengan butiran berbeza dalam wikiteks

Jika anda ingin menggunakan semula rujukan sedia ada dengan butiran berbeza dalam wikiteks, pada masa ini anda perlu menyalin dan menampal rujukan sedia ada dan tukar butiran pendua atau cipta rujukan (hampir serupa) yang baharu dari muka. Sesetengah projek menggunakan cara lain seperti petikan pendek atau menggunakan templat seperti nota kaki dipendekkan. Dalam seksyen rujukan, rujukan asal dan rujukan baharu yang anda buat tidak dikumpulkan bersama.

Status quo: Menggunakan semula rujukan dengan butiran yang berbeza dalam Penyunting Visual

Jika anda ingin menggunakan semula rujukan sedia ada dengan butiran berbeza dalam Penyunting Visual, pilihan "guna semula" dalam dialog petikan mahupun kaedah salin dan tampal tidak akan berfungsi, kerana kedua-duanya membawa kepada Penggunaan semula serupa, dan mengubah butiran rujukan yang digunakan semula/disalin mengubah kedua-dua contoh rujukan itu. Sebaliknya anda perlu membuat rujukan baharu (hampir sama) dari mula. Dalam seksyen rujukan, rujukan asal dan rujukan baharu yang anda buat tidak dikumpulkan bersama.

Rujukan yang dibuat oleh cara lain berasaskan templat seperti {{sfn}} tidak boleh disunting dari dalam seksyen rujukan dan tidak muncul dalam tab guna semula petikan; tetapi ia boleh diedit secara manual apabila mencarinya dalam teks rencana.

cara lain dengan {{sfn}}:

Masalah untuk pembaca

Cara lain berasaskan templat tidak dipaparkan dengan betul dalam Pratonton Rujukan, Petua Alat Rujukan dan tetimbul rujukan mudah alih.

cara lain {{sfn}} dengan pratonton untuk rujukan:

Masalah utama dengan status quo

  • Pengalaman Penyunting Visual dan pengguna wikiteks sangat berbeza.
  • Kebanyakan cara lain untuk menggunakan semula rujukan dengan butiran berbeza tidak berfungsi dengan betul dalam Penyunting Visual.
  • Mencipta banyak rujukan yang hampir sama dengan butiran yang berbeza menjadikan wikiteks lebih panjang dan berpotensi lebih susah untuk dibaca.
  • Cara lain berasaskan templat tidak diterima bulat-bulat oleh semua komuniti dan oleh itu tidak tersedia secara global.
  • Sesetengah pengguna cuba mengelak isu ini dengan meletakkan sumber dalam bahagian bibliografi tanpa menggunakannya sebagai rujukan sama sekali, yang menjadikannya lebih sukar untuk mengesahkan seksyen-seksyen rencana.

Perubahan terkini dan langkah seterusnya

Pasukan kami telah menyelesaikan masalah ini secara sekali-sekala sudah sekian lama sekarang. Berikut ialah gambaran keseluruhan sejarah projek ini, termasuk penyelidikan kami.
Terima kasih kepada semua orang yang turut serta dalam ujian dan temu duga dan yang menunjukkan minat, serta semua orang yang meluangkan masa untuk mengulas di halaman perbincangan kami selama ini. Ia sangat dihargai. Jika anda mempunyai maklum balas lanjut, sila kongsikannya di halaman perbincangan.

  •  Y Prototaip tersedia di wiki beta. Ia merangkumi penyelesaian wikiteks dan beberapa ciri asas penyelesaian Penyunting Visual. Anda boleh terus menguji prototaip dan ini memberi maklum balas.
  •  YKami telah menghantar pengumuman di semua wiki untuk memberitahu komuniti tentang ciri yang akan datang ini, dan menjemput mereka untuk menguji dan memberi maklum balas.
  •  YOur team presented sub-referencing at Wikimania 2024 and discussed with participants. (YouTube)
  • Pengguna di pelbagai projek kini mengambil bahagian dalam ujian pengguna bermoderator.
  • Kami sedang menghubungi wiki-wiki perintis yang ada potensi tidak lama lagi dan berharap untuk melancarkan ke wiki-wiki perintis menjelang akhir September.
  • Kami berancang untuk melancarkan ciri subrujukan untuk wikiteks dan Penyunting Visual menjelang akhir tahun 2024.
  • Kami akan terus mengumpulkan maklum balas untuk menambah baik penyelesaian ini selepas pelancaran.

Kami sedar tentang masalah lain dalam skop "mengguna semula rujukan", dan kami akan cuba menanganinya pada masa yang sama. Akan tetapi, fokus kami kekal pada mencipta penyelesaian untuk penambahan subrujukan.

Soalan Lazim


Bagaimana hendak mencari rencana yang menggunakan subrujukan?

Kategori penjejakan yang dipanggil Kategori:Laman yang menggunakan rujukan lanjutan ditambahkan pada mana-mana laman yang menggunakan subrujukan, membolehkan anda meneroka atau membetulkan laman menggunakan ciri baharu ini. Nama kategori ini mungkin berubah.

Bolehkah saya menggunakan ciri ini dengan templat/alat petikan?

Ya, anda boleh menggunakan subrujukan dengan templat petikan. Kami telah menguji templat petikan yang paling lazim (cth. petik buku atau petik web) dan tidak menjangka sebarang isu. Namun templat kegemaran anda mungkin perlu dikemaskini untuk berfungsi dengan penyelesaian kami. Sesetengah alat/skrip yang berkaitan dengan rujukan juga mungkin perlukan kemaskini untuk berfungsi dengan betul dengan penyelesaian subrujukan baharu ini. Oleh sebab templat, alat dan skrip berada di tangan komuniti wiki, kami tidak dapat menyesuaikannya.

Sila maklumkan kepada kami, di laman perbincangan, jika anda menemui sebarang masalah atau memerlukan bantuan mengemaskini templat petikan untuk menjadikannya berfungsi dengan ciri baharu.

Apakah nama atribut subrujukan itu nanti?

Kami belum tahu lagi. Pada masa ini, nama atribut untuk mencipta subrujukan dalam wikiteks ialah extends. Kami memutuskan nama ini beberapa tahun lalu selepas berbincang dengan komuniti dan pihak berkepentingan di Yayasan Wikimedia. Walau bagaimanapun, kami telah menerima beberapa maklum balas bahawa nama ini mungkin bukan pilihan terbaik. Sebelum kami melancarkan ciri ini ke wiki, kami ingin mendapatkan lebih banyak maklum balas tentang nama atribut dan berancang untuk mengusulkan beberapa alternatif untuk diperbincangkan. Kami akan memberitahu anda apabila ia berlaku.

Mengapa anda memilih sintaks wikiteks ini?

Sewaktu kami mula mengusahakan penerapan wikiteks bagi ciri ini, kami membincangkan beberapa pilihan yang berbeza. Menambah teg baharu (cth. <subref>) telah dibincangkan dengan teliti, tetapi kami mahu berpegang pada pendekatan <ref> yang sedia ada, untuk meminimumkan jumlah sintaks baharu yang pengguna perlu belajar. Selain itu, memperkenalkan teg baharu memerlukan banyak kemas kini kepada perisian komuniti sedia ada (alat, alat, bot dll.) untuk rujukan.

Satu cadangan (dari 2008) ia mengkhususkan butiran subrujukan dalam teg <ref>: <ref page="page 2" name="Miller"> atau kemudiannya <ref detail="page 2" name="Miller"> menggunakan atribut nama untuk merujuk kepada rujukan utama. Ini serupa dengan apa yang pengguna tahu daripada pengalaman menggunakan templat seperti {{cite book}}.

Walau bagaimanapun, isu utama dengan pendekatan ini ialah ia menyebabkan masalah dengan templat dan sangat bermungkinan akan menyebabkan ralat. Satu lagi masalah dengan sintaks ini ialah ia tidak membenarkan untuk subrujukan digunakan semula, kerana atribut nama telah digunakan untuk merujuk kepada rujukan utama dan tidak boleh digunakan untuk kali kedua.

Satu cara untuk mengelakkan kedua-dua isu ini ialah dengan mencipta atribut rujukan baharu dan meletakkan butiran subrujukan dalam kawasan antara teg <ref> pembuka dan penutup, seperti yang dilakukan untuk kandungan rujukan. Inilah pendekatan yang kami kini lakukan.

Mengapa penyelesaian ini baru sekarang ada?

Pasukan Hasrat Teknikal telah mengusahakan ciri ini secara sekejap-sekejap selama bertahun-tahun. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut, berikut ialah ikhtisar sejarah dan kerumitan masalah ini.