Selamat datang ke cabaran menulis Wikipedia untuk menambahbaikkan liputan wanita di Wikipedia!
Apa
Ini merupakan satu pertandingan menulis terbuka untuk mencipta dan menambah baik rencana bagi memperbaikkan liputan Wikipedia bagi topik berkaitan dengan wanita ke dalam sebanyak bahasa mungkin, termasuk bahasa-bahasa Wikipedia dalam Wikipedia Incubator. Pemenangnya akan menerima hadiah hebat. Cabaran ini dianjurkan sebahagian daripada kempen WikiGap sedunia dengan edisi pertamanya pada tahun 2019.
Kini kami juga sedang melancarkan WikiGapFinder, satu alat yang membantu anda dalam mencari rencana tentang wanita yang wujud dalam satu bahasa tetapi tidak dalam bahasa lain. Anda boleh gunakan alat ini untuk mencari rencana yang bagus untuk dicipta!
Bila
The 2023 writing Challenge is unfortunately cancelled.
Bagaimana
Pertandingan ini pada strukturnya adalah mudah, berdasarkan sistem markah KISS: Anda mendapat markah ketika menambah baik rencana, dengan matlamat bagi setiap peserta untuk mendapat sebanyak markah mungkin.
Siapa
Semua orang boleh membantu dalam mana-mana bahasa untuk berganding bahu dalam menulis dan/atau menterjemah rencana-rencana berkaitan dengan wanita. Mana-mana Wikipediawan dengan akaun bernama (pada mana-mana wiki, termasuk di Incubator) boleh sertai. Untuk sertai anda hanya perlu mendaftar di bahagian Peserta. Di acara-acara WikiGap lain di serata dunia, kami akan berikan peserta maklumat tentang bagaimana mereka boleh sertai acara itu.
Mengapa
Pertandingan ini dianjur oleh Kementerian Luar Negeri Sweden(ref) dan Wikimedia Sverige, dengan sokongan kedutaan Sweden, Pejabat Pesuruhjaya Tinggi untuk Hak Asasi Manusia (OHCHR) PBB dan rakan pekongsi Wikimedia di serata dunia. Wikipedia perlukan rencana tentang pelbagai topic dan melalui pertandingan ini, kami berharap agar rencana tentang wanita dapat ditambah baik. Menambah baik rencana dan liputan Wikipedia berkaitan dengan wanita adalah penting bagi memastikan pembaca kami akan mendapat maklumat bermutu tinggi mengenai mereka yang telah bantu membentuk dunia ini.
Sertai!
|