Kumpulan Komuniti Pengguna Wikimedia Malaysia

This page is a translated version of the page Wikimedia Community User Group Malaysia and the translation is 87% complete.
Outdated translations are marked like this.
Logo WikimediaKumpulan Komuniti Pengguna Wikimedia Malaysia
"Bayangkan suatu dunia tempat setiap satu manusia di planet ini diberi capaian bebas kepada hasil kesemua pengetahuan manusia. Itulah yang kami lakukan."

Kumpulan Komuniti Pengguna Wikimedia Malaysia (MYS) ialah kumpulan pengguna Wikimedia untuk orang yang tinggal di, berminat dalam atau berhubungan dengan Malaysia dan juga hubungannya dengan negara-negara jiran di seluruh dunia. Anda boleh baca risalah maklumat utama kami.

Kumpulan
Komuniti Pengguna Wikimedia
Malaysia
Logo Kumpulan Komuniti Pengguna Wikimedia Malaysia

Malaysia
LocationBendera Malaysia Malaysia
Country codeMYS
Legal statusNGO
(Berdaftar di bawah ROS: PPM-025-01-12022020)
Approval date10 September 2017
Volunteers8 (ahli teras)
Official language(s)bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Arab
Other language(s)Bahasa Mandarin, bahasa Tamil
Key people

Incorporation paperPublications
ReportsSenarai Laporan
AffiliationsHab ESEAP
Websitehttps://www.wikimedia.org.my
TwitterAkaun Twitter
FacebookLaman kumpulan
Laman rasmi
InstagramProfil Instagram

Kami menyokong matlamat Yayasan Wikimedia, termasuk kerja sukarelawan di projek-projek Wikimedia serta inisiatif pengetahuan bebas yang lain. Tujuan kami adalah menyokong, menggalakkan, dan mendidik orang awam tentang ketersediaan dan penggunaan kandungan pendidikan bebas dan terbuka yang termasuk kebolehan mencapai, mengembangkan dan menyumbang kepada projek-projek Wikimedia. Bahasa perantara kami ialah bahasa Inggeris (en) dan/atau bahasa Melayu (ms) dan/atau bahasa Arab ($ar), tetapi kami juga cuba mengembangkan penggunaan bahasa Mandarin (zh), bahasa Kantonis (zh-yue) dan bahasa Tamil (ta), dan mungkin salah satu bahasa orang asal di Malaysia.

Apabila berlakunya percanggahan maklumat antara versi bahasa lain laman ini, versi bahasa Inggeris kumpulan pengguna Malaysia ini patut diatasi. Kumpulan Komuniti Pengguna Wikimedia Malaysia mendukung dasar benar-benar tiada diskriminasi, tempat acara dengan capaian kurang upaya, ruang mesra, aktiviti bukan untung, acara hujung minggu sahaja, sikap tidak menonjolkan diri dan terbuka dan nyata.

Sejarah ringkas

Pertubuhan ini diasaskan pada 22 Mei 2016 di Nusajaya (Johor) dengan pertemuan pertama kami (dalam bahasa Inggeris). Pada 10 September 2017, ia telah diiktiraf sebagai kumpulan pengguna di bawah nama Kumpulan Komuniti Pengguna Wikimedia Malaysia oleh Yayasan Wikimedia. Pada 12 Februari 2020, ia didaftar secara rasmi dan tersenarai sebagai pertubuhan bukan kerajaan peringkat kebangsaan (NGO) di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negara Kementerian Dalam Negeri Malaysia di bawah nama yang ditetapkan Pertubuhan Kebajikan Komuniti Pengguna Wiki Malaysia.

Objektif

Matlamat utama gabungan ini adalah:

  • Menganjurkan aktiviti khidmat masyarakat awam di seluruh negara;
  • Bertindak sebagai pusat bagi Wikimediawan di Malaysia;
  • Bekerjasama dengan komuniti Wikimedia rantau dan antarabangsa yang lebih luas (bermula dari negara jiran Indonesia, Filipina, Singapura dll dan lanjut berkembang ke lebih banyak negara di seluruh dunia);
  • Menggalakkan Wikipedia dan pelbagai projek Wikimedia Malaysia di seluruh Malaysia dan di seluruh dunia;
  • Bertindak sebagai suara dan wakil bagi komuniti Wikimedia Malaysia

Mencapai objektif ini, Kumpulan Pengguna ini akan menganjur dan mengatur pelbagai pertemuan, seminar, latihan dan menggerakkan dalam dan luar wiki. Matlamat kami adalah menetapkan asas kukuh untuk Wikimedia di Malaysia dan menjalankan siri projek berkaitan Wikimedia dan inisiatif di seluruh Malaysia. Semua ini dilaksanakan dengan niat baik, sikap terbuka, hati ikhlas, kata sopan, tidak pandang rendah/remeh/mempermainkan sesiapa, dan dengan hormat yang tinggi kepada sesiapa yang kami berurusan, kerana kami percaya bahawa sesiapa daripada kita adalah berbeza dan mempunyai kekuatan tersendirinya untuk menyumbang kepada gerakan ini. Hal ini memerihalkan siapa kami yang sebenarnya.

Ketetapan Jawatankuasa Gabungan

Acara mendatang

Senarai laman pertemuan boleh dicapai di sini.

  • DATE: TBA

Lihat acara sebelum ini di sini.

Subsidiaries

Student society

  • Kelab Wiki Kent, persatuan Wikimedia pelajar di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kent
  • Kelab Wiki Elobest, persatuan Wikimedia pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Elopura
  • Kelab Wiki UIAM, persatuan Wikimedia pelajar cadangan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  • Wikimedia HELP University Society (WHUS) , persatuan Wikimedia pelajar di Universiti HELP

Special programme

  • Program Wikipedia Asrama, digerakkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan, Sabah.

Dalam berita