Wikimedia LGBT+/Portal
dan mewakili kandungan LGBT+
seluruh projek Wikimedia.
Wikimedia LGBT+ ialah sebuah kumpulan pengguna Wikimedia yang menggalakkan pembangunan kandungan dalam projek Wikimedia yang berkepentingan kepada komuniti LGBT+ dan menyokong individu LGBT+ yang melibatkan diri dalam kegiatan Wikimedia. Wikimedia LGBT+ ialah komuniti sejagat dan rentas bahagian yang mengalu-alukan orang dari semua kaum, agama, etnik, kewarganegaraan, kecenderungan seksual, ketentuan gender, dan kebolehupayaan. Wikimedia LGBT+ mula diumumkan di Wikimania pada 2012 dan diluluskan oleh Jawaankuasa Gabungan pada September 2014.
Komunikasi |
---|
|
Pautan lain |
Misi
- Mencipta dan mengembangkan kandungan berkepentingan bagi komuniti LGBT+ dalam projek Wikimedia dan menambahkan kualiti keseluruhan kandungan berkenaan di semua bahasa.
- Menyokong individu LGBT+ yang melibatkan diri dalam kegiatan Wikimedia.
- Menyediakan ruang untuk perbincangan mengenai kepentingan LGBT+ dalam dasar Wikimedia.
- Mendorong pertubuhan untuk menggunakan projek Wikimedia dan mengangkat nilai budaya bebas dan capaian terbuka.
- Menggalakkan projek Wikimedia sebagai suatu perkakas untuk memperkuat komuniti LGBT+.
Matlamat
- Meningkatkan pengalaman menyunting bagi semua penyumbang dengan memastikan gangguan berkaitan LGBT+ dirunding dengan dasar mudah dengan cara cepat tanpa mengira keseksualan.
- Memastikan terdapat dasar tanpa diskriminasi berkaitan keseksualan, gender, dan jantina yang diguna pakai di seluruh projek Wikimedia, dan mengambil bahagian dalam perbincangan diskriminasi semua jenis.
- Menyediakan jaringan sokongan untuk komuniti dan sekutu LGBT+, termasuk mengalu-alukan sokongan IRC dan VRT.
- Menyediakan sebuah mekanisme rayuan simpati apabila ketetapan yang dipertikai gagal dan seorang penyumbang akan menjadi perunding atau penimbang tara untuk mengendalikan kes mereka.
- Mencipta persekitaran selamat bagi pembaca LGBT+ di projek Wikimedia, dengan suatu kepentingan istimewa dalam menambah baik pengalaman belia LGBT+ dalam projek Wikimedia.
- Membina komuniti yang lebih besar dalamkalangan Wikimediawan LGBT+.
- Menyelaras usaha rentas wiki dengan WikiProjek yang terlibat dalam pembangunan kandungan LGBT+ tertentu.
Strategi
Wikimedia LGBT+ akan memenuhi misinya dengan cara berikut:
- Menyediakan latihan untuk pertubuhan dan perseorangan yang membolehkan mereka menyumbang kandungan dalam projek Wikimedia.
- Mencipta, mengumpul, memproses, dan membentang pelbagai metrik untuk menerangkan kegunaan statistik dan kualiti kandungan berkepentingan LGBT+ dalam projek Wikimedia.
Sementara anggota Wikimedia LGBT+ akan sentiasa dialu-alukan untuk menyumbang kandungan kepentingan LGBT+ masing-masing, ruang lingkup kerja yang ingin disiapkan oleh projek itu hanya boleh dilaksanakan jika banyak program jangkauan LGBT+ semuanya menyumbang kepakaran mereka untuk membangunkan kandungan dalam bidang mereka. Amalan umum sepatutnya ialah mana-mana pendidik kumpulan LGBT+ di mana-mana sahaja yang melakukan jangkauan dalam mana-mana bidang harus berkongsi maklumat mereka di projek Wikimedia jika mana-mana demografi sasaran mereka menggunakan Internet sebagai sumber maklumat. Apabila pendidik sebegini menyedari perkara ini, maka orang itu sepatutnya boleh menghubungi Wikimedia LGBT+ dan mendapatkan latihan yang sesuai untuk membolehkan mereka berkongsi maklumat mereka di platform Wikimedia.
Hasil
- Meningkatkan penyertaan dan kebolehnampakan komuniti LGBT+ dalam acara Wikimedia, ke arah membina penglibatan yang lebih di Wikimania akan datang.
- Meningkatkan penyertaan (terbuka) anggota komuniti LGBT pada semua projek Wikimedia.
- Menyelaras WikiProjek LGBT+:
- Pembentangan sejarah dan budaya LGBT+ GLAM.
- Meningkatkan kualiti dan kedalaman rencana LGBT+.
- Mewakilkan bangunan LGBT+ dalam Wiki Cinta Bangunan.
- Garis panduan Jangkauan untuk dasar untuk mengesyorkan dan menambah baik dasar merentas projek Wikimedia:
- Dasar ruang selamat cawangan dan YWM untuk meliputi semua acara secara khusus memastikan sebarang aduan tentang gangguan jelas berkaitan LGBT+ ditangani dengan berkesan dan segera.
- Panduan untuk penyunting baharu LGBT+ (dan untuk sesiapa yang menyunting topik LGBT+) tentang bagaimana untuk kekal selamat dan bagaimana untuk mencari bantuan apabila berlaku sesuatu yang buruk.
- Panduan ringkas untuk memberi maklum balas terhadap gangguan atau ancaman berkaitan LGBT+ dalam semua projek Wikimedia dan IRC.
- Capaian kepada bantuan khusus LGBT+ dalam wiki, IRC dan e-mel (sebagai contoh, capaian untuk anggota VRT yang dikenal pasti LGBT+ melalui lgbt wikimedia.org).
- Penilaian bebas dan pakar terhadap projek Wikimedia dan keberkesanan Yayasan Wikimedia dalam mengendalikan kes gangguan homofobik.
- Tinjauan yang ditugaskan dan pelaporan statistik mengenai penyertaan LGBT+ dan persepsi pengalaman penyuntingan untuk menyokong penambahbaikan yang dirancang.
- Model untuk organisasi tematik berdasarkan komuniti minoriti masa hadapan.
Kegiatan
Kegiatan bersangkutan Wikimedia LGBT+:
- Pembinaan komuniti dan jangkauan, dengan usaha tertumpu pada acara LGBT+, Wikimania, dan acara Wikimedia lain.
- Menggalakkan kerjasama dengan projek Wikimedia lain dan dengan pertubuhan luar, seperti WikiProjek Pengajian LGBT (Wikipedia Inggeris), Himpunan Media Bebas LGBT (Wikimedia Commons), dan Wiki Loves Pride.
- Pembangunan dasar ruang mesra, termasuk permohonan untuk ketetapan lembaga Yayasan Wikimedia mengenai homofobia.
Ketetapan
- Pengiktirafan Kumpulan Pengguna Wikimedia LGBT+ – September 2014
- Pembaharuan daripada Pecutan Pembaharuan Kelayakan WMCon 2015 – Disember 2015
Liputan
- "Wikipedia celebra el Mes del Orgullo LGTBIQ+ con un concurso para enriquecer la enciclopedia digital". El Universo (in Spanish). 2024-06-10. Retrieved 2024-06-10.
- Nacaru (2024-02-19). "Tenemos un Wikiepisodio". Spotify (in Spanish). - Nacaru speaks about the work of the Wikiproyecto LGBT+ at the Co3 Radiolab Podcast.
- Dorothy Howard, John Samuel, and Owen Blacker. WikiProject report: Wikipedians Convene for Queering Wikipedia 2023: The First International LGBT+ Wikipedia Conference, The Signpost, 22 May, 2023.
- MiguelAlanCS (2022-09-23). "Wiki Loves Europride 2022: un editatón por la diversidad de contenidos LGBTIQ+ en Wikipedia". wikimedia.es (in Spanish). Archived from the original on 23 September 2023.
- MiguelAlanCS; Nacaru (2022-06-28). "Somos LGBT, y en Wikipedia también". wikimedia.es (in Spanish). Archived from the original on 23 September 2023.
- Wexelbaum, Rachel. (2020). Edit Loud, Edit Proud: LGBTIQ+ Wikimedians and Global Information Activism. Originally published by Wikipedia@20 and licensed CC-BY 4.0. Retrieved from The Signpost, 28 June 2020.
- Wexelbaum, Rachel. (2019). "Coming Out of the Closet: Library Advocacy to Advance LGBTQ+ Wikipedia Engagement." In B. Mehra (Ed.) LGBTQ+ Librarianship in the 21st Century: Emerging Directions of Advocacy and Community Engagement in Diverse Information Environments (Advances in Librarianship, Volume 45) Emerald Publishing Limited, pp.115 - 139.
- Jacobs, Julia (8 April 2019). "Wikipedia Isn’t Officially a Social Network. But the Harassment Can Get Ugly.". The New York Times.
- Millona, Kristina (January 6, 2018). "WIKI LGBTI PROJECT: How contributing to Wikipedia became a new form of activism". Turmoil Collective.
- Caballero, Lucía (15 March 2017). "La española que ha llegado a vicepresidir Wikimedia defendiendo al colectivo LGBT". eldiario.es (in Spanish).
- Weaver, Madison (October 20, 2016). "Librarians work to make Wikipedia more inclusive with ‘Wiki Loves Pride’ event". The Bucknellian.
- Moore, Jason (June 17, 2016). "Help expand Wikipedia’s coverage of LGBT communities during Wiki Loves Pride". Wikimedia Foundation.
- Wexelbaum, Rachel, Herzog, Katie, Rasberry, Lane. (2015). "Queering Wikipedia." In R. Wexelbaum (Ed.) Queers Online: LGBT Digital Practices in Libraries, Archives, and Museums. Sacramento, CA: Litwin Books.
- "Wikipedia Pride Month Celebrations in India culminate with edit-a-thons in various cities". Gaylaxy. July 20, 2014.
- Moore, Jason; Howard, Dorothy (July 18, 2014). "Wiki Loves Pride 2014 and Adding Diversity to Wikipedia". Wikimedia Foundation.
- Lasrado, Svetlana (July 15, 2014). "Wikipedia does its bit for sexual minorities". The New Indian Express.
- "Wikipedia Holds Wiki Loves Pride Event". American Library Association. July 10, 2014.
- Redmond, Jim (July 8, 2014). "Editaton Wiki Loves Pride Meningkatkan Kandungan LGBT pada Wikipedia". Towleroad.
- Milliken, Alice (July 7, 2014). "Wikipedia anjurkan editaton Pride untuk menambah baik kandungan berkaitan LGBT". Pink News.
- Phadnis, Renuka (July 7, 2014). "Editaton Wikipedia untuk menambah kandungan mengenai LGBT". The Hindu.
- "Wikipedia Series "Edit-a-Thons"". Guru Mavin. July 7, 2014.