Hab ESEAP/Kenyataan Pengisytiharan untuk Penubuhan Hab Rantau
Kenyataan Pengisytiharan untuk Penubuhan Hab Rantau ESEAP Wikimedia
Kami, yang bertandatangan di bawah, mengisytiharkan penubuhan Hab Rantau Asia Timur, Tenggara dan Pasifik Wikimedia, disingkatkan sebagai ESEAP, sebagai tumpuan utama rangkaian masyarakat, sekutu, dan penyumbang kandungan Wikimedia yang bermuafakat dan pelbagai di rantau Asia Timur, Tenggara, dan Pasifik, berbakti menyokong matlamat dan wawasan gerakan Wikimedia.
Matlamat dan Wawasan
Matlamat Hab kami adalah untuk memberikan kuasa kepada orang di sekeliling rantau ESEAP untuk berkongsi hasil kesemua pengetahuan. Kami percaya bahawa pengetahuan seharusnya bebas dan dapat dicapai oleh semua orang dan bahawa semua orang ada hak mencapai dan menyumbangkannya, tanpa mengira bahasa, budaya, geografi atau zon waktu. Kami mencuba menubuhkan dan mengekalkan rangkaian individu, masyarakat dan projek termasuk Wikipedia, Wikidata, Wikimedia Commons, Wikisumber, dan sumber pengetahuan bebas lain yang membantu mencapai matlamat ini.
Wawasan Hab kami adalah untuk bekerjasama menubuhkan rantau ESEAP yang setiap orang boleh mencapai dan menyumbangkan hasil kesemua pengetahuan. Kami percaya bahawa pengetahuan boleh mengubah hidup dan masyarakat seseorang kerana ia merupakan suatu kuasa yang kuat demi kebaikan. Selain mewujudkan budaya mengikut serta dan kerjasama yang menggalakkan seseorang berkongsi pengetahuan mereka dengan dunia, kami berbakti untuk membangunkan dan menyokong sumber pengetahuan yang tepat, boleh dipercayai dan merangkumi semua.
Untuk memenuhi matlamat dan wawasan kami, kami memahami betapa pentingnya kerjasama dan perkongsian. Kami percaya bahawa dengan bekerjasama dengan lain yang berkongsi kepercayaan dan matlamat kami, kami boleh mempunyai kesan yang lebih besar dan menyempurnakan lebih banyak daripada yang kami boleh lakukan dengan diri sendiri. Kami berbakti untuk menjalinkan hubungan yang kukuh dan bermakna dengan pelbagai rakan kongsi termasuk persatuan awam, institusi pendidikan, pertubuhan bukan kerajaan dan pertubuhan atau gerakan yang sehaluan.
Kami menghargai kepelbagaian dan menghormati sudut pandangan dan pengalaman unik kesemua orang. Kami percaya bahawa kepelbagaian penting untuk kejayaan matlamat kami dan kami bertekad mewujudkan persekitaran yang merangkumi semua, selamat dan mesra untuk kesemua orang tanpa mengira latar belakang, identiti atau kepercayaan mereka.
Kami terdorong oleh hasrat kuat untuk keadilan dan kesamaan masyarkakat dan kami percaya bahawa mencapai maklumat ialah hak asasi manusia. Kami bertekad membantu pertumbuhan dan perkembangan masyarakat kami di rantau ini serta bekerjasama dengan mereka yang senilai dan sewawasan dengan kami.
Kami berbakti menjadi daya penggerak dalam gerakan maklumat bebas dan membentuk masa depan perkongsian dan capaian pengetahuan. Kami percaya bahawa dengan bekerja bersama-sama, kami boleh mempunyai pengaruh yang baik dan berjangka panjang di rantau ini dan gerakan sejagat ini dan kami bertekad mewujudkan masa depan bersama untuk semua orang dengan memanfaatkan kuasa pengetahuan.
Nilai Teras
Kami bertekad mendukung sejumlah nilai teras yang memimpini kerja kami dan membentuk budaya kami. Nilai ini penting untuk diri kami sebagai pertubuhan dan memebritahu segala-galanya yang kami lakukan:
- Kerjasama. Kami percaya bahawa kerjasama sangat berpotensi dan bekerja bersama-sama boleh membawa kepada dampak dan kejayaan yang lebih besar. Kami menggalakkan ahli masyarakat dan rakan kongsi kami untuk berkongsi idea, maklumat, sumber dan saling belajar.
- Reka baru. Kami menghargai reka baru dan daya cipta dalam semua yang kita lakukan. Kami sentiasa mencari pendekatan yang baru dan berekaan baru untuj mencapai matlamat kami dan menyokong masyarakat kami.
- Rangkuman. Kami percaya bahawa setiap orang berhak belajar dan menyumbang kepada pengetahuan dan kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman genting untuk menjayakan matlamat kami. Kami mencuba membuatkan semua orang rasa dialu-alukan dan termasuk, tanpa mengira bahasanya, asalnya, budayanya, dirinya, umurnya, pengalamannya dalam gerakan atau pandangannya (apabila dinyatakan dengan penuh hormat).
- Hormat. Kami berpegang teguh pada prinsip perasaan saling menghormati, belas kasihan dan kebaikan. Keragaman sudut pandangan dan pengalaman dalam masyarkat kami dan dalam kalangan rakan kongsi kami merupakan sesuatu yang kami akui dan hargai.
- Telus. Kami percaya menjadi terbuka dan bertanggungjawab ke atas semua kegiatan dan pilihan kami. Kami berbakti memberi maklumat mengenai kerja kami dan melibatkan diri dalam tatacara telus yang menarik pihak berkepentingan kami.
- Wibawa. Kami berbakti membawa diri kami dengan jujur dan wibawa dalam semua usaha kami. Dalam semua tindakan kami, kami berikhtiar menjadi jujur, boleh dipercayai dan bertanggungjawab.
- Dampak. Kami terdorong akan hasrat menggunakan kearifan terkumpul kami untuk memberi dampak yang positif kepada orang dan masyarakat yang kami bekerjasama. Kami berharap mengoptimumkan keberkesanan, kecekapan dan kelestarian usaha terkumpul kami p. Kami juga merancang menjejak, berhubung dan mengukur pada bila-bila masa yang mungkin (dan atau mendokumenkan) hasil (atau proses) untuk memupuk budaya belajar dalam rantau ini.
- Lestari. Kami berusaha menjadi selestari mungkin dalam semua kerja kami. Kami berusaha menggunakan sumber yang diberi kepada kami dengan berkesan dan cekap sementara juga mempertimbangkan kesan jangka panjang keputusan kami.
Nilai teras ini membentuk cara kami bekerja dan membimbing kami membuat keputusan sebagai sebuah pertubuhan. Kami bertekad mendukung dan berpegang teguh pada nilai ini dan kami berharap untuk mengilhami dan memberikan kuasa kepada yang lain untuk menyertai kami dalam matlamat kami untuk membuatkan pengetahuan dapat dicapai untuk semua. Jika ada yang menyimpang daripada nilai ini, akan ada juga saluran yang sesuai untuk menimbulkan rasa bimbang agar kami terus berfungsi dengan harmoni.
Hala Tuju Strategik
Matlamat strategik Hab kami adalah untuk membangunkan dan menyokong prasarana penting untuk ekosistem pengetahuan bebas di rantau ESEAP. Matlamat ini termasuk membina keupayaan dan menyokong pertumbuhan gabungan, masyarakat dan penyumbang kandungan kami, menguatkan proses kerjasama dan bekerja dengan rakan kongsi untuk menggalakkan capaian bebas ke pengetahuan.
Kami mengabdikan diri untuk membentuk hala tuju strategik gerakan Wikimedia di rantau ini. Kami percaya akan kuasa kerjasama dan perkongsian untuk mencapai matlamat bersama kami. Kami bertekad membina hubungan yang kuat dan berjangka paniang dengan masyarakat, pihak berkepentingan dan rakan kongsi rantau kami, sementara juga mengakui beberapa orang yang di meja membuat keputusan, tidak sentiasa mewakili pandangan satu dan semua dalam masyarakat ini.
Kami bertekad bekerja dengan pelbagai rakan kongsi termasuk (namun tidak terhad kepada) pertubuhan bukan kerajaan, institusi budaya, masyarakat akademik, dan kumpulan yang sehaluan, untuk menyempurnakan matlamat ini. Bersama, kami fikir kami boleh membuat perubahan yang lebih ketara dan membina ekosistem pengetahuan yang lebih terbuka dan dapat dicapai oleh semua orang.
Kami juga berbakti berpegang teguh pada prinsip gerakan Wikipedia, seperti keterbukaan, keobjektifan dan capaian tanpa batas ke pengetahuan. Kami berbakti untuk komunikasi yang terbuka, jujur dan sopan dengan kami bekerja menuju matlamat bersama kami kerana kami faham betapa pentingnya mewujudkan kepercayaan dengan masyarakat dan pihak berkepentingan rantau kami. Kami mengiktiraf ada kandungan yang penting, juranf perwakilan dalam ekosistem pengetahuan bebas kami dan kami perlu sentiasa menyesuaikan dan mempertimbangkan semula andaian kami untuk kekal berkaitan.
Pada keseluruhannya, Hab kami berbakti untuk menggerakkan hala tuju strategik gerakan Wikimedia di rantau ini dan membina perkongsian yang kuat dan lestari yang menyokong perkembangan dan menguatkan ekosistem prasarana penting pengetahuan bebas. Kami percaya bahawa dengan bekerjasama dan merangkum cita-cita kami yang berkongsi kami boleh memupuk persekitaran pengetahuan yang lebih terangkum, saksama, selamat dan boleh dicapai buat ramai orang untuk berkembang maju dan menyumbang.
Kenyataan Penutup
Kami menantikan banyak peluang yang Hab kami akan beri untuk muafakat dan kerjasama. Kami menjemput semua ahli masyarakat Wikimedia di rantau Asia Timur, Tenggara, dan Pasifik dan sesiapa yang sewawasan untuk menyertai kami dalam usaha baharu yang mengujakan ini. Bersama, sebagai setarawi berganding bahu, kami boleh membuat perubahan.
Ditandatangani,
- WAqil (WMYS) (talk) 07:08, 11 June 2023 (UTC)
- BJ Sinaga (talk) 07:16, 11 June 2023 (UTC)
- A l p h a m a Talk 12:43, 11 June 2023 (UTC)
- Gnangarra (talk) 03:18, 13 June 2023 (UTC) - ESEAP IHC
- Ghozi Septiandri (talk) 04:36, 13 June 2023 (UTC) - ESEAP RGC
- --Hakimi97 (talk) 05:47, 13 June 2023 (UTC)
- --YShibata (talk) 07:37, 13 June 2023 (UTC)
- -- Ultron90 (talk) 08:09, 13 June 2023 (UTC)
- Tofeiku (talk) 10:15, 13 June 2023 (UTC)
- RamzyM (talk) 10:37, 13 June 2023 (UTC)
- Kunokuno (talk) 10:54, 13 June 2023 (UTC) on behalf of Wiki Advocates Philippines User Group
- ZI Jony (Talk) 16:22, 13 June 2023 (UTC)
- seav (talk) 17:22, 13 June 2023 (UTC)
- Buszmail (talk) 02:05, 14 June 2023 (UTC)
- Diamantino Soares 11:20, 14 June 2023 (UTC)
- Dody Ismoyo (talk) 02:35, 14 June 2023 (UTC)
- Athikhun.suw (talk) 03:36, 14 June 2023 (UTC)
- Azoma (talk) 03:37, 14 June 2023 (UTC)
- B20180 (talk) 03:38, 14 June 2023 (UTC)
- --J. Patrick Fischer (talk) 03:54, 14 June 2023 (UTC)
- Silverio Araujo 00:30, 20 June 2023 (UTC)
- Jessie Mi (talk) 03:55, 14 June 2023 (UTC)
- Josefwintzent Libot (Talk) 07:35, 14 June 2023 (UTC)
- Takot (talk) 13:06, 14 June 2023 (UTC)
- (Sorot20) (talk) 01:32, 15 June (UTC)
- Arupako (talk) 19:08, 14 June 2023 (UTC)
- Kizhiya (talk) 22:44, 14 June 2023 (UTC)
- Meursault2004 (talk) 07:08, 15 June 2023 (UTC)
- (Yuchenglinedu (talk) 09:51, 15 June 2023 (UTC)
- Amanda Lawrence (talk)
- Ninja✮Strikers «☎» 17:07, 15 June 2023 (UTC)
- Ralffralff (talk) 00:55, 16 June 2023 (UTC) on behalf of the Pilipinas Panorama Community
- Lady01v (talk) 13:26, 16 June 2023 (UTC) 00:55, 16 June 2023 (UTC)
- Exec8 (talk) 17:26, 16 June 2023 (UTC)
- Robertsky (talk) 19:36, 16 June 2023 (UTC)
- Arcuscloud (talk) 05:54, 17 June 2023 (UTC)
- Agus Damanik (talk) 22:38, 16 June 2023 (UTC)
- Ilham Mufti Laksono (talk) 23:18, 15 June 2023 (UTC)
- Pru.mitchell (talk) 23:32, 16 June 2023 (UTC)
- Saimawnkham (talk) 23:49, 16 June 2023 (UTC)
- Sam Wilson 00:23, 17 June 2023 (UTC)
- Raflinoer32 (talk) 01:35, 17 June 2023 (UTC)
- Jusan Misolas (talk) 02:42, 17 June 2023 (UTC)
- Do Tri ✓ 💬 04:08, 17 June 2023 (UTC)
- Jp2593 (talk)
- Ambrosia10 (talk) 06:07, 17 June 2023 (UTC)
- --*Youngjin (talk) 07:05, 17 June 2023 (UTC)
- Patsagorn Y. (Talk) 07:37, 17 June 2023 (UTC)
- Daphpb (talk) 02:30, 18 June 2023 (UTC)
- Even Barrameda (talk) 02:34, 18 June 2023 (UTC)
- BiancaBrazal (talk) 05:03, 18 June 2023 (UTC)
- Einebillion (talk) 05:20, 18 June 2023 (UTC)
- Marshelec (talk) 05:55, 18 June 2023 (UTC)
- Noracrentiss (talk) 06:10, 18 June 2023 (UTC)
- Pakoire (talk) 11:46, 18 June 2023 (UTC)
- Harditaher (talk) 12:40, 18 June 2023 (UTC)
- Brahmavadini (talk) 13:48, 18 June 2023 (UTC)
- Ilham.nurwansah (talk) 02:17, 19 June 2023 (UTC)
- On behalf of Wikimedia Indonesia, Rachmat (WMID) (talk) 04:59, 19 June 2023 (UTC)
- Tvcccp (talk) 05:47, 19 June 2023 (UTC)
- Bracteantha (talk) 06:23, 19 June 2023 (UTC)
- Jjw (talk) 08:00, 19 June 2023 (UTC)
- Rhythm (talk) 08:17, 19 June 2023 (UTC)
- Angal26 (Angal26) 08:25, 19 June 2023 (UTC)
- Giantflightlessbirds (talk) 20:03, 19 June 2023 (UTC)
- Lea.fakauvea (talk) 21:34, 19 June 2023 (UTC)
- Ballardmaize (Talk) 02:02, 20 June 2023 (UTC)
- Alexander Imig/Ai24 (talk) 06:33, 20 June 2023 (UTC) ]]
- Carlojoseph14 (talk) 09:51, 20 June 2023 (UTC)
- MaiaCWilliams (talk) 11:31, 20 June 2023 (UTC)
- Joycewikiwiki (talk) 04:51, 21 June 2023 (UTC)
- Horus (talk) 05:06, 21 June 2023 (UTC)
- Eric Liu(Talk) 09:13, 21 June 2023 (UTC)
- Friagatewayfinder
- AuteWayOfWeaving
- Lawrence756 (talk) 11:50, 22 June 2023 (UTC)
- Labdajiwa (talk) 00:30, 23 June 2023 (UTC)
- Teddybear41422 (talk) 01:39, 23 June 2023 (UTC)
- ༒ Nhac Ny ༒ Talk to me ♥ 09:33, 23 June 2023 (UTC)
- Jeromi Mikhael (talk) 06:51, 29 June 2023 (UTC)
- OraMAAG (talk) 10:01, 29 June 2023 (UTC)
- Johnstad Wanna Talk? 01:30, 4 July 2023 (UTC)
- :JarrahTree (talk) 05:26, 8 July 2023 (UTC)
- Bahnfrend (talk) 06:38, 8 July 2023 (UTC)
- Canley (talk) 06:15, 9 July 2023 (UTC)
- 이강철 (talk) 06:43, 10 July 2023 (UTC)
- Mạnh An (talk) 02:04, 16 July 2023 (UTC)
- Omotecho (talk) 02:53, 16 July 2023 (UTC)
- ThePoisonousDart (talk) 02:51, 24 July 2023 (UTC)
- Filipinayzd (talk) 03:36, 15 August 2023 (UTC)
- Maffeth.opiana (talk) 03:54, 15 August 2023 (UTC)
- Kunirasem (talk) 04:18, 15 August 2023 (UTC)
- Imacat (talk) 09:16, 15 August 2023 (UTC)
- Marife.altabano (talk) 09:19, 15 August 2023 (UTC)
- CMD (talk) 03:09, 19 August 2023 (UTC)
- Firth m (talk) 18:21, 21 August 2023 (UTC)
- Borschts Talk 17:45, 19 August 2024 (UTC)