Acara:Wiki na monɔkɔ lya bísó
Wiki na monɔkɔ lya bísó
Start and end time
Location
In-person event
DR Congo, Congo, Angola
Online event
The link will be made available by the organizers.
Wiki na monɔkɔ mua bísó (Wiki dalam bahasa tempatan kita) dimulakan oleh WikiLinguila ialah sebuah kempen penyuntingan yang mensasarkan pada projek Wikimedia yang diberikan tumpuan dalam bahasa Afrika tempatan dari kawasan tengah atau menggalakkan bahasa negara mereka dalam negara atau komuniti mereka yang ada dalam bentuk versi bahasa Wikipedia dan projek kembarnya yang lain, oleh juga melibatkan komuniti Afrika yang lain yang bergerak mke arah ini. Sasaran kami ialah untuk mencipta, dari Februari 2025, sebuah acara peringkat benua antara komuniti Afrika yang berkembang dalam gerakan Wikimedia, dan untuk meningkatkan perasaan kepunyaan dengan memberi tumpuan pada memperkuat pautan dan kerjasama dengan orang lain yang bertutur bahasa yang sama. Pertandingan penerbitan ini bersempena dengan sambutan Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa pada 21 Februari setiap tahun, dan juga dengan strategi gerakan untuk tempoh sehingga 2030 :
- Tingkatkan Kelestarian Gerakan Kita;
- Sediakan untuk keselamatan dan pemasukan;
- Memastikan kesaksamaan dalam membuat keputusan;
- Menyelaras Rentas Pihak Berkepentingan;
- Mengurus Pengetahuan Dalaman.
Sebab
Inisiatif ini bermula apabila kami mendapati bahawa kami disuapkan wiki yang besar hampir setiap hari dalam bentuk rencana dan penyumbang yang menyertai, yang mana lebih daripada satu juta rencana dan lebih 10,000 penyumbang aktif, sementara wiki yang kecil, termasuk kami punya juga, menerima sedikit dan menjadi semakin sikit. Tambahan pula, kami fikir bahawa wiki-wiki ini boleh membentuk coraknya sendiri, menjadi ruang ideal dalam menyusun peraturan penyuntingan sendiri, sebab, sama ada ia Wikipedia versi bahasa Perancis, Sängö, Fɔngbemɛ, Kikôngo, Lingála, Swahili atau malah Kinyarwanda, ia dianggap daripada sudut pandang umum sekiranya ia ditulis mengikut aras yang ditulis pada Inggeris. Dalam pada itu, kami juga menerokai sejumlah halangan, seperti halangan bahasa, kerana kebanyakan projek pendidikan adalah dalam bahasa Inggeris.
Kami juga menggalakkan peserta untuk bekerja dengan para profesional dari pusat latihan bahasa Afrika untuk kursus latihan berskala kecil. Kami mengetahui bahawa bahasa kami yang pelbagai kurang dalam dokumen bertulis dan kebanyakan dokumen diterbitkan dalam bahasa tempatan mempunyai hak cipta, jadi ini menjadi keperluan untuk bekerjasama dengan badan pendidikan lain di kawasan ini dengan sebuah pandangan untuk menyediakan dokumen berkuaoliti yang penting untuk melatih dan sentiasa menambah baik penyunting dalam penulisan rencana menggunakan bahasa kami dalam Wikipedia dan projek kembarnya yang lain, dalam pada untuk mengekalkan tahap kecekapan yang tinggi dan memastikan kerelevanan kandungan dalam talian atau awam dalam projek Wikimedia kami yang pelbagai.
Objektif
Yayasan Wikimedia hanya menganjurkan projek dalam talian kami, dan jika kami tidak melakukan apa-apa, tiada apa yang akan berlaku. Ini bermakna, kami tidak akan berhanti menyumbang dalam wiki yang lain, seperti Perancis dan Inggeris, tetapi juga melihat ke dalam untuk mencuba menonjolkan galakan, memberikan kebolehnampakan dan menonjolkan bahasa kami. Jika tidak, sesebuah bahasa yang tidak berkembang akan mati beransur-ansur, sehingga ia menjadi bahasa mati.
Kami memberi sedikit kepentingan kepada kerja kami, yang boleh dibina oleh dan untuk kami sendiri. Wiki na monɔkɔ mua bísó mensasarkan untuk merapatkan jurang, mengurangkan jurang sumbangan, untuk menonjolkan identiti intrinsik kami dan menghidupkan semula kedua-dua bahasa kami dengan menonjolkan kegiatan Wikimedia di Congo-Kinshasa dan keseluruhan Afrika Tengah, sebagaimana kami berharap dan mahu untuk menjadikan bulan Februari bersama gerakan Wikimedia, bulan untuk sumbangan bahasa ibunda, dan setiap 21 Februari, semasa Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa (diisytiharkan oleh UNESCO pada 2000), kami meraikan bahasa berbeza kami melalui acara Wiki na monɔkɔ mua bísó, satu cara bagus untuk memelihara warisan budaya kumpulan minoriti melalui projek Wikimedia dan struktur lain yang bekerja untuk menjadikan budaya mereka boleh dicapai di Internet.
Membuat lobi kepada pihak berkuasa yang berwibawa dengan satu pandangan untuk menubuhkan sebuah akademi untuk membina dan menambah baik kemajuan dan perkembangan bahasa Afrika kami. Dalam pandangan yang sama, kami berjuang untuk mengangkat bahasa bangsa kami menjadi kursus bahasa di sekolah dan universiti Afrika, sebagaimana dalam kes di Republik Demokratik Congo, bahasa Perancis boleh kekal sebagai bahasa rasmi pendidikan, tetapi bahasa kedua yang lain boleh diajarkan sebagai cabang kursus bahasa, seperti Inggeris, Perancis atau Portugis, di seluruh kurikulum sekolah dan universiti.
Selayang pandang
- Menyambung jurang, mengurangkan jurang sumbangan antara wiki besar dan kecil.
- Meningkatkan sumbangan dalam Wikipedia kami yang sesuai dengan bahasa kami untuk menggalakkan dan memberi kebolehnampakan kepada bahasa-bahasa ini dan juga melibatkan anggota komuniti kami.
Projek utama ialah ln.wikipedia.org, tetapi juga ln.wiktionary.org dan Lingua Libre. Sehingga akhir 2024 dan awal 2025, kami menjangkakan untuk mencecah 5000 rencana dalam ln.wikipedia.org dan banyak pencapaian di beberapa projek berkaitan yang lain.
Wiki na monɔkɔ mua bísó dalam dasar bahasanya memerlukan setiap penutur bahasa mengambil pemilikan projek dan menjadikannya kepunyaan mereka!