Wiki Cinta Ramadan 2025/Panduan Penyertaan

This page is a translated version of the page Wiki Loves Ramadan 2025/Participate Guide and the translation is 100% complete.
Selamat datang ke Wiki Cinta Ramadan 2025!
Wiki Cinta Ramadan 2025

Panduan Penganjur Tempatan

Wiki Cinta Ramadan ialah sebuah inisiatif sejagat bertujuan untuk mendokumenkan dan meraikan pengamalan, tradisi dan kebudayaan yang pelbagai yang penting dalam Ramadan seluruh dunia melalui projek Wikimedia. Penganjur tempatan memainkan peranan penting dalam membawa kempen ini kepada kehidupan dengan menggerakkan komuniti, menganjurkan acara, dan memastikan peserta disokong dengan baik.

Peranan Penganjur Tempatan

Sebagai penganjur tempatan, tanggungjawab utama anda termasuklah:

  • Menggalakkan kempen ini dalam kalangan komuniti anda.
  • Melibatkan peserta dan memudah cara sumbangan mereka.
  • Memastikan pematuhan kepada panduangan kempen dan dasar Wikimedia.
  • Menganjurkan acara, sesi bimbingan atau latihan untuk menggalakkan dan menyokong penyertaan.

Langkah Untuk Bermula

  • Memahami Matlamat Kempen: Biasakan diri anda dengan matlamat Wiki Cinta Ramadan. Ini termasuklah meraikan warisan budaya Ramadan, menggalakkan keterangkuman, dan meningkatkan kandungan Wikimedia berkaitan tradisi Ramadan.
  • Membentuk sebuah Pasukan Tempatan: Bekerjasama dengan anggota komuniti yang berkongsi minat kepada Ramadan dan projek Wikimedia. Membahagikan peranan seperti penyelaras acara, penyokong teknikal, dan pengurus jangkauan.
  • Rancang Kegiatan Anda: Membangunkan sebuah rancangan untuk kegiatan yang selari dengan matlamat kempen. Ini boleh dimasukkan dengan:
    • Pertandingan menulis, WikiGotong-Royong atau Editaton.
    • Bengkel maya atau bersemuka mengenai menyunting Wikipedia, memuat naik media, atau menambah baik rencana.
  • Berlibat Urus Komuniti Anda: Menggalakkan kempen di media sosial, forum komuniti, dan melalui sembang mulut. Gunakan poster, e-mel, atau kumpulan WhatsApp untuk menyebarkan kempen.
  • Menganjurkan Acara dan Menyediakan Sokongan: Menganjurkan acara di mana peserta boleh menyumbang dalam sebuah persekitaran yang bekerjasama dan seronok. Sediakan arahan jelas dan tawarkan bantuan teknikal apabila diperlukan.
  • Memantau dan Melaporkan Perkembangan: Jejak sumbangan yang dibuat oleh peserta dan kongsikan kemas kini dengan pasukan penganjur sejagat. Hantar laporan pada akhir kempen yang merumuskan kegiatan, cabaran dan pencapaian anda.

Petua Penting untuk Penganjur Tempatan

  • Kekalkan saluran perhubungan terbuka dengan para peserta.
  • Serlahkan kesan suntingan mereka dalam projek Wikimedia.
  • Kenal pasti dan raikan penyumbang aktif melalui sijil, sebutan, atau token penghargaan yang kecil.

Panduan Penyunting

Selamat datang ke Wiki Cinta Ramadan! Panduan ini direka untuk membantu penyunting—baru dan berpengalaman—menyumbang dengan berkesan dalam kempen ini.

Cara Menyertai

  • Pilih sebua Projek Wikimedia: Putuskan di mana anda mahu menyumbang
  • Wikipedia dan projek kembar: Tulis atau tambah baik rencana berkaitan Ramadan.
  • Cari Topik: Kenal pasti topik sesuai dengan Ramadan yang memerlukan penambahbaikan. Contohnya termasuklah:
    • Rencana mengenai tradisi Ramadan di kawasan tertentu.
    • Biografi tokoh penting berkaitan Ramadan.
    • Kandungan visual seperti dekorasi masjid, berkumpul untuk bersungkai, atau acara kebajikan sepanjang Ramadan.
  • Kaji dengan Teliti: Pastikan sumbangan anda berdasarkan sumber boleh dipercayai. Gunakan buku, jurnal akademik, rencana akhbar, atau sumber maya yang disahkan.
  • Sumbang Karya Anda: Bagi Rencana: Gunakan bahasa berkecuali dan nukil sumber anda dengan baik.
  • Ikut Dasar Wikimedia: Berpegang pada panduan Wikimedia, termasuk dasar hak cipta dan piawaian kepada kandungan berkecuali dan boleh dipercayai.

Petua untuk Penyunting Baharu

  • Mula dengan membetulkan kesalahan ejaan yang kecil, tambah rujukan, atau muat naik sekeping gambar.
  • Sertai sesi latihan atau bengkel yang dianjurkan oleh penganjur tempatan.
  • Dapatkan bantuan daripada penyunting berpengalaman jika anda tidak pasti tentang sesuatu.

Kenapa Menyertai?

Dengan menyumbang dalam Wiki Cinta Ramadan, anda:

  • Meraikan dan memelihara warisan budaya Ramadan.
  • Meningkatkan pengkongsian pengetahuan mengenai tradisi Ramadan seluruh dunia.
  • Menyertai komuniti sejagat dengan orang yang berfikiran sama terhadap pembebasan pengetahuan.

Perlukan Bantuan?

Untuk soalan atau bantuan, hubungi penganjur tempatan anda atau lawati meja bantuan kempen pada projek Wikimedia.