Bagaimana saya dapat membantu membuat terjemahan yang diminta?

edit

Kunjungi bahagian permintaan terjemahan di permintaan terjemahan dan klik pada pautan bagi permintaan yang anda ingin bantu; ini akan membawa anda ke halaman permintaan dengan senarai berlabel yang dibezakan oleh warna (dikenali sebagai kotak status), seperti halaman ini (lihat di bahagian kanan atas). KOtak status menandakan status versi bahasa anda. Jika versi bahasa anda tidak ditandai selesai atau diterbitkan, bererti bantuan Anda diperlukan. Hanya lawati sahaja halaman tersebut dan mulakan proses penyuntingan. Jika tiada lagi halaman yang diwujudkan untuk bahasa anda lagi, seterusnya sunting kotak status dan tambahkan bahasa anda. Anda hanya perlu klik bahasa anda di kotak tersebut dan simpan pautan ke versi bahasa anda untuk memulakannya. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kotak status, sila lihat juga Template:Translation2/doc.Elitashafee 15:55, 30 April 2009 (UTC)[reply]

Bagaimana saya membuat terjemahan? (panduan langkah demi langkah)

edit

Panduan ini hanya digunakan apabila memterjemahkan halaman yang sudah mempunyai kotak status perterjemahan di bahagian kanan skrin di halaman permintaan terjemahan ( sebagai contoh Fundraising_2008/core_messages atau Board_elections/2007/Results atau halaman ini). Kotak status terjemahan mempunyai tajuk 'Terjemahan (keterangan dari yang asli)' dan mengandungi senarai bahasa yang juga berpaut dengan terjemahan untuk setiap bahasa tersebut.

  1. Jika bahasa anda tidak tiada disenaraikan di dalam kotak status terjemahan maka, tambahkan seperti berikut:
    1. Klik pada simbol (+/-) di sebelah kanan tajuk kotak status terjemahan. Ini akan membawa anda ke kotak status terjemahan itu sendiri dalam mod suntingan.
    2. Tambah baris ke kotak bahasa, tulis mengikut susunan abjad kod bahasa.
    3. Tulis kod : |code |status atas garisan, di mana ‘code’ adalah kod bahasa (seperti contoh, eo untuk Esperanto) dan 'status' direkod dalam tahap kerja yang berbeza. Jika anda tidak memulakan perterjemahan serta-merta, letakkan 'missing' sebagai status. Jika anda ingin memulakan perterjemahan serta-merta letak 'progress' sebagai status.
    4. Simpan yang telah diubah.
  2. Kembali ke halaman permintaan terjemahan.
  3. Bagi memulakan perterjemahan klik di pautan ‘progress’ (atau‘missing’) di sebelah bahasa anda di dalam kotak status terjemahan. Ini akan membawa anda ke kotak sunting bagi halaman dengan teks asli yang sudah sedia ada diisikan dan juga beberapa panduan bagaimana untuk perterjemahan. (Jangan klik di bahasa jika terjemahan belum lagi dimulakan, kerana anda akan meninggalkan halaman yang kosong.
    1. Ganti teks asli dengan teks yang telah anda terjemahkan. Anda boleh memilih untuk menyimpan teks asli untuk dilihat dalam mod sunting dengan hanya meletakkan wikitext <!-- original text --> di kekeseluruhannya. Ini akan memudahkan bagi orang lain untuk melakukan pembetulan pembacaan.
    2. Jika terdapat mana-mana wikilinks di dalam teks asli haruslah biarkan pautan maklumat itu (termasuklah sebarang namajarak nama dan tajuk halaman) di sebelah kiri pautan itu seperti yang asli. Teks selepas paip atau jarak boleh diterjemahkan: sebagai contoh [[Help:Example|translation of example]] dan [http://meta.wikimedia.org/wiki/Home translation of title] . Jika mana-mana pautan wikilinks berpauta dengan halaman lain yang telah diterjemahkan, dan itu anda boleh terjemahkan apabila anda boleh mengubaj wikilink ke pautan yang telah diterjemahkan daripada yang asal. Bagi kebanyakan terjemahan, pautan akan menjadi "red". Ini bukanlah satu masalah, walaupun halaman itu tidak wujud di Meta-Wiki, ianya akan pergi ke destinasinya, (selalunya Foundationwiki).
  4. Apabila anda telah selesai membuat terjemahan kembali ke kotak status terjemahan dan tukarkan status dari ‘progress’ ke ‘proofreading’.
    1. Jika anda menunggu untuk pembaca pruf anda perlu meletakan ‘needs proofreading’ daripada hanya‘proofreading’ bagi mengalakkan penterjemahan bahasa anda yang lain menyertaia pemabacaan pruf. Ini adalah bagus jika dapat orang lain untuk memeriksa hasil kerja anda, selalunya akan meninggalkan mesej di dalam wikis bahasa anda, jika hanya anda sahaja perterjemah yang aktif dengan meta. Jika tiada seorang yang ada untuk melakukan pemabacaan pruf, maka anda perlu melakukan pembacaan pruf itu sendiri.
    2. Apabila status bahasa telah ditukar dari ‘progress’ untuk peringkat terjemahan seterusnya, maka keterangan ‘status’ di sebelah bahasa di dalam kotak status terjemahan tidak lagi wikilink dengan kotak sunting halaman tersebut.Daripada anda kembali ke halaman tersebut dengan mengklik atas nama bahasa. Untuk membuat perubahan di halaman klik atas tab sunting dalam cara yang normal.
  5. Apabila pembacaan pruf telah selesai, kembali ke kotak status terjemahan semula dan tukar status kepada ‘ready’ atau ‘done’. Jika terjemahan adalah sebahagian ‘open translation request’ dan terdapat banyak aktiviti terjemahan yang aktif berlaku, ,maka anda boleh tunggu bagi pentadbir menerbitkan terjemahan itu. Pentadbir akan menukar status ‘published’ apabila ianya selesai.
    1. Jika tiada apa yang berlaku dalam masa satu atau dua hari sila tinggalkan mesej meminta terjemahan anda diterbitkan dalam halaman perbincangan di halaman permintaan terjemahan, sebagai contoh [1], atau di Meta talk:Babylon.
    2. Jika tiada aktiviti semasa di halaman tersebut anda perlulah menterjemahkan dengan meletakkan mesej di Meta talk:Babylon untuk memberitahu kepada pentadbir bahawa halaman itu akan diterbitkan. Sebaiknya, halaman itu sepatutnya diterbitkan dalam masa satu atau dua hari. Walaubagaimanapun, jika penaja dana sedang berlaku dan terdapat banyak halaman yang diterbitkan, ianya akan mengambil masa yang lama.
  6. Jika anda ada sebarang soalan atau masalah ketika terjemahan sila hantarkannya samada di halaman perbincangan di halaman permintaan terjemahan,di Meta talk:Babylon, ke translators-l, atau ke IRC.Elitashafee 16:49, 30 April 2009 (UTC)[reply]

Bila dan bagaimana perubahan dibuat untuk menerbitkan terjemahan?

edit

Pengemaskini teks asli

edit

Kadang-kala terdapat perubahan yang dibuat kepada teks asal. Cara untuk memaklumkan kepada para penterjemah bahawa teks asal telah diubah seseorang administrator tukarkan status penterjemahan dari ‘published’ ke ‘needs updating’. Kadang-kala teks baru ditambah ke setiap penterjemahan yang sudah diterbitkan. Apabila penterjemah bekerja dengan terjemahan status boleh diubah oleh penterjemah kepada ‘updating’. Apabila sudah bersedia penterjemah boleh menukar status kepada ‘ready’ dan pentadbir akan melihat bahawa ianya perlu untuk penerbitan daripada status templat itu. Pentadbir akan menukar status ke ‘published’ apabila selesai.

Untuk mengikuti perubahan yang berlaku kepada teks asal, anda boleh melanggani dengan translators-l; kesemua permintaan dan perubahan besar akan diumumkan di situ. Anda juga boleh menambah halaman berbahasa Inggeris dan status templat ke dalam senaraipandang, jadi ini akan terpapar apabila halaman itu dikemaskini.

Pindaan kepada terjemahan selepas penerbitan

edit

Kadang-kala terdapat kesilapan dan peningkatan kepada terjemahan dikenalpasti selepas ianya diterbitkan. Penterjemahan boleh menyunting terjemahan dan kemudian mintalah terhadap pindaan yang dilakukan kepada terjemahan diterbitkan semula dengan menukarkan status kepada ‘ready’ semula. Penterjemahan juga boleh memasukkan mesej tersembunyo di sebelah "ready" (sebagai contoh : <!-- page name was incorrect, please fix! -->).Elitashafee 09:37, 2 May 2009 (UTC)[reply]


Di mana boleh saya membuat penterjemahan?

edit

Anda boleh membuat penterjemahan di mana-mana yang anda kehendaki. Anda boleh bekerja dalam meta atau di projek Wikimedia di mana yang anda aktif, jika anda biasa dengan cara menyunting wiki. Anda juga boleh bekerja di luar wiki secara contoh di komputer anda. Elitashafee 05:12, 3 May 2009 (UTC)[reply]

Saya tiada idea untuk menggunakan wiki markup. Tolong!

edit

Hanya tinggalkan saja ia. Kemudian, editor wiki yang lebih berpengalaman akan membantu anda. Ia juga ok jika anda membuang wiki markup, jika anda merasakannya amat mengganggu anda dalam proses penterjemahan anda.

Bagaimana cara membuat terjemahan di luar wiki?

edit

Ikuti prosedur seperti berikut:

  1. Jika ruang penyuntingan bahasa Anda belum ada, buatlah. (Lihat pula #Bagaimana saya dapat membantu membuat terjemahan yang diminta?)
  2. Simpan sumber terjemahannya.
  3. Letakkan templat {{coming soon|user=tanda tangan Anda|date=tanggal penyerahan}} di ruang penyuntingan bahasa Anda. Itu akan membantu penterjemah lain untuk mengetahui terjemahan yang sedang Anda kerjakan.
  4. Anda dapat mengerjakan terjemahan tersebut secara lokal, misalnya di komputer Anda.
  5. Setelah Anda selesai menterjemahkan, salin versi Anda ke ruang penyuntingan bahasa Anda.
  6. Hapus {{coming soon}} dan perbaharui halaman statusnya.

Elitashafee 05:19, 3 May 2009 (UTC)[reply]

Di mana saya boleh bertanya mengenai penterjemahan?

edit

Elitashafee 05:22, 3 May 2009 (UTC)[reply]