Translation requests/WMF/English Wikipedia anti-SOPA blackout/ms
- bg/български (published)
- bn/বাংলা (closed)
- bs/bosanski (closed)
- ca/català (published)
- cs/čeština (published)
- da/dansk (published)
- de/Deutsch (published)
- en/English (published)
- es/español (closed)
- fa/فارسی (published)
- fi/suomi (published)
- fr/français (closed)
- he/עברית (published)
- hi/हिन्दी (closed)
- hr/hrvatski (published)
- hu/magyar (published)
- id/Bahasa Indonesia (published)
- it/italiano (published)
- ja/日本語 (published)
- ka/ქართული (closed)
- kn/ಕನ್ನಡ (closed)
- ko/한국어 (published)
- ms/Bahasa Melayu (closed)
- ne/नेपाली (closed)
- nl/Nederlands (published)
- pl/polski (published)
- pt/português (published)
- ru/русский (published)
- sh/srpskohrvatski / српскохрватски (closed)
- sq/shqip (closed)
- sr/српски / srpski (closed)
- uk/українська (closed)
- vi/Tiếng Việt (published)
- zh-hans/中文(简体) (published)
- zh-hant/中文(繁體) (published)
Kepada: Para pembaca dan komuniti Wikipedia
Daripada: Sue Gardner, Pengarah Eksekutif Yayasan Wikimedia
Tarikh: Januari 16, 2012
Pada hari ini, komuniti Wikipedia mengumumkan keputusan untuk menghentikan versi Bahasa Inggeris Wikipedia selama 24 jam, seduia bermula dari 05:00 UTC pada Rabu, Januari 18 (baca keterangan daripada Yayasan Wikimedia). Penghentian ini merupakan bantahan terhadap perundangan Stop Online Piracy Act (SOPA) yang sedang dibahaskan di Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dan PROTECT IP Act (PIPA) yang sedang dibahaskan di Senate Amerika Syarikat - seandainya perundangan ini diluluskan, impak terhadap kebebasan dan keterbukaan Internet termasuk Wikipedia akan terjejas.
Ini merupakan kali pertama versi Bahasa Inggeris Wikipedia menjalankan bantahan umum seperti ini. Keputusan ini sememangnya bukanlah sebarangan. Berikut merupakan penerangan lebih lanjut berdasarkan perbincangan komuniti yang dikendalikan oleh penyelia Wikipedia, berdasarkan kenyataan umum daripada User:NuclearWarfare, User:Risker dan User:Billinghurst:
- Komuniti Wikipedia Bahasa Inggeris berpendapat bahawa kedua-dua perundangan ini sekiranya diluluskan akan membawa kesan negatif kepada sumber web yang terbuka dan bebas.
- Sepanjang 72 jam yang lalu, lebih daripada 1800 Wikipedians telah berbincang tentang tindakan wajar yang harus diambil oleh komuniti untuk menentang SOPA and PIPA. Ini merupakan perbincangan komuniti yang terbesar yang wujud di Wikipedia dan jelas menunjukkan keprihatinan Wikipedians terhadap perundangan ini. Majoriti daripada komuniti bersetuju bahawa bantahan dan tindakan umum yang lebih mendadak harus diambil. Berdasarkan cadangan-cadangan yang dikemukakan, cadangan menghentikan Wikipedia dengan laman-laman web lain yang membantah SOPA dan PIPA menerima sokongan yang terbanyak daripada komuniti.
- Setelah meneliti keputusan ini, para penyelia mendapati bahawa sokongan terhadap bantahan ini bukanlah sahaja daripada Amerika Syarikat tetapi juga dari komuniti Wikipedia sedunia. Namun begitu, terdapat bantahan terhadap penghentian ini daripada sesetengah orang yang mencadangkan supaya penghentian ini hanya terhad kepada pembaca di Amerika Syarikat dan notis banner diletakkan sebagai pengumuman untuk seluruh dunia yang lain. Kami juga mendapati bahawa 55% daripada mereka yang menyokong penghentian Wikipedia bersetuju dengan penghentian sedunia walaupun mungkin terdapat percanggahan dari segi perundangan di negara lain.
Dalam membuat keputusan ini, para Wikipedians sememangnya akan dikritik kerana mengadaikan pandangan neutral untuk bertindak terhadap isu politik. Ini merupakan isu yang benar dan realiti. Kami berharap masyarakat umum akan terus mempercayai Wikipedia kerana Wikipedia bukanlah alat propaganda.
Walaupun artikel Wikipedia tetap neutral, kewujudannya bukan. Kat Walsh, ahli lembaga Yayasan Wikimedia menulis bahawa
- Kami bergantung kepada infrastruktur perundangan untuk membolehkan kewujudan Wikipedia, infrastruktur ini membolehkan laman-laman web lain untuk menyimpan dan mengendali bahan yang disumbangakan oleh pengguna termasuklah segala informasi. Projek Wikimedia merupakan usaha bersama untuk mengumpul dan berkongsi segala ilmu sedunia. Kami mewujudkannya dalam konteks untuk membolehkan manusia sejagat mendapat manfaat daripadanya.
- Namun begitu, ilmu haruslah dikongsi bersama untuk membolehkan sesiapa mencari atau menggunakannya tanpa sebarang tapisan dan halangan.
Keputusan untuk menghentikan Wikipedia Bahasa Inggeris bukanlah keputsan saya; ini merupakan keputusan daripada editor, yang telah bersetuju melalui konsensus. Saya tetap menyokong keputusan ini.
Seperti Kat dan seluruh ahli lembaga Yayasan Wikimedia yang lain, saya telah berfikir mendalam tentang pandangan umum Wikipedia dan kebaikan Wikipedia dalam komuniti sebagai sumber yang boleh digunakan oleh semua orang. Pembaca mempercayai Wikipedia walaupun terdapat kesilapan kerana segalanya bermula di sini. Kami tidak menjual produk atau mempunyai sebarang agenda di sebalik tabir. Wikipedia cuma ingin membantu.
Namun begitu, keadaan sedemikan tidaklah wujud untuk laman-laman yang lain. Kebanyakan daripadanya bersifat komersial dan bertujuan untuk mengaut keuntungan. Ini tidak bermakna bahawa mereka tidak ingin berusaha untuk mewujudkan dunia yang lebih baik, tetapi pandangan dan tindakan mereka haruslah dinilai dari segi agenda di sebaliknya.
Saya berharap apabila Wikipedia dihentikan pada Januari 18, masyarakat akan memahami bahawa kami melakukan tindakan ini untuk kebaikan pembaca. Kami menyokong kebebasan berfikir dan bersuara. Kami berpandangan bahawa semua orang haruslah memilik segala bahan pembelajaran walaupun mereka tidak mampu membayarnya. Kami percaya dalam kewujudan Internet yang bebas, terbuka dan segala informasi dapat dikongsikan tanpa halangan. Kami percaya bahawa cadangan perundangan seperti SOPA, PIPA dan semua perundangan yang serupa di luar Amerika Syarikat tidak akan membawa kebaikan kepada masyarakat. Sila bacaartikel berikut untuk senarai tujuan penentangan terhadap SOPA dan PIPA dari Electronic Frontier Foundation.
Mengapakah ini merupakan bantahan sedunia dan bukan sahaja di Amerika Syarikat?
Realitinya kami berpandangan bahawa cadangan perwujudan SOPA tidak akan dimansuhkan dan PIPA masih aktif. Lebih-lebih lagi, SOPA dan PIPA merupakan petunjuk kepada implikasi yang lebih luas. Di seluruh dunia terdapat pelbagai perundangan untuk menentang privasi Internet untuk menyekat kebebasan. Keprihatinan kami tentang perkara ini tidak tertakluk kepada SOPA dan PIPA: kedua-duanya hanya sebahagian daripada masalahnya. Kami ingin Internet untuk sentiasa bebas dan terbuka di mana-mana untuk semua orang.
Template:SOPABlogShare Pada Januari 18, kami berharap anda akan bersetuju dan menyokong keputusan kami.
Sue Gardner,
Pengarah Eksekutif, Yayasan Wikimedia