Wikimedia+Libraries International Convention 2025/Call for Papers WikiLib Con 2025/ms
Laman ini menyediakan maklumat dan garis panduan umum mengenai proses penghantaran kertas persidangan --dengan atau tanpa geran biasiswa penuh atau separa penuh.
In other languages: English (en) español (es) português (pt) français (fr) Bahasa Melayu (ms) [edit]
Tarikh penting
edit- Panggilan kertas persidangan dibuka : 01 Ogos 2024
- Panggilan kertas persidangan ditutup : 6 Oktober 2024
- Penilaian penyerahan kertas persidangan : 7 Oktober ke depan
- Pemberitahuan: ADK
Jenis penyerahan
editPertimbangkan menghantar kertas persidangan dalam mana-mana jenis sidang berikut:
Jenis | Huraian | Tempoh cadangan |
---|---|---|
Ceramah | Satu atau dua pembentang menawarkan sebuah pembentangan diikuti soalan dan komentar daripada hadirin | 35 minit |
Pertunjukan | Seorang pembentang memperkenalkan kaedah pelaksanaan sesebuah alatan, alir kerja, atau program | 45 minit |
Panel | Memudahcarakan perbincangan dalam tiga orang atau lebih mengenai topik yang dipilih awal | 45 minit |
Bengkel | Memudahcarakan sidang pengajaran dan pelaksanaan berskala kumpulan mengenai topik yang dipilih awal | 75 minit |
Bicara Kilas | Pembentangan ringkas yang berlangsung hanya beberapa minit | 5 minit |
Perbincangan Santai | Pertemuan tidak rasmi mengenai sesebuah topik | 45 minit |
Lain-lain | Topik boleh dibentangkan dalam poster atau lain-lain berdasarkan kandungan | 25 minit |
Topik
edit- Kongsi dan terangkan kaedah dalam mana-mana projek Wikimedia yang memperkukuh pertukaran maklumat dan/atau secara khusus memerangi maklumat palsu.
- Kenal pasti peluang-pekuang strategik untuk komuniti Wikimedia+Perpustakaan yang tidak hanya menggalakkan keserataan, kepelbagaian dan keterangkuman pengetahuan, tetapi juga memastikan pustakawan dan profesional maklumat mencabar pertumbuhan pesat maklumat palsu.
- Bertukar dan membina keupayaan sekitar alatan, jangkauan dan kerjasama Wikimedia+Perpustakaan dengan berkongsi amalan terbaik untuk perhubungan maklumat yang boleh dipercayai.
- Renung, bincang dan fikir tentang hala tuju baharu bagi alatan dan paltform sedia ada kita, terutamanya mengikut tema persidangan mengenai maklumat palsu sebagai ancaman.
- Sambung semula selepas Maynooth 2022, berhubung dan bincang perkembangan Wikimedia+Perpustakaan.
Bagaimana untuk menghantar kertas persidangan?
editAnda boleh menghantar kertas persidangan dalam Inggeris, Perancis, Sepanyol atau Portugis.
Ketik pautan berikut (dalam Inggeris) untuk menghantar kertas persidangan
Hubungi kami
editUntuk persoalan, sila hubungi Windblown29 atau gunakan laman perbincangan ini.