Bulan Diplomasi Kebudayaan Ukraine 2025

This page is a translated version of the page Ukraine's Cultural Diplomacy Month 2025 and the translation is 100% complete.

Bulan Diplomasi Kebudayaan Ukraine 2025  

[Media sosial: #UCDMonth] • [Pautan di sini: ucdm.wikimedia.org.ua]    



Selamat datang ke cabaran menulis untuk meningkatkan liputan budaya Ukraine di Wikipedia!
  • Apa: Ini ialah pertandingan menulis dengan tujuan untuk mencipta dan menambah baik artikel tentang budaya dan penduduk Ukraine dalam sebanyak mungkin edisi bahasa Wikipedia. Senarai cadangan artikel untuk diberi tumpuan telah disediakan oleh penganjur cabaran. Peserta yang paling aktif akan menerima hadiah.
  • Bila: Cabaran menulis diadakan dari 00:01, 14 April 2025 (UTC) hingga 23:59, 16 Mei 2025 (UTC).
  • Bagaimana: Peraduan ini berstruktur ringkas, dengan 4 langkah: Pilih artikel untuk diusahakan → Dapatkan mata untuk kerja anda → Sasar untuk memperoleh mata sebanyak mungkin → Dapatkan dianugerahkan untuk sumbangan anda!
  • Siapa: Mana-mana ahli Wikipedia yang mempunyai akaun yang dibuat di mana-mana wiki boleh menjadi sebahagian daripada kempen ini. Untuk mengambil bahagian, anda perlu mendaftar di bahagian Peserta.
  • Kenapa: Melalui peraduan ini, kami berharap dapat menambah baik artikel tentang fenomena budaya yang penting kepada orang Ukraine dan memastikan maklumat berkualiti tinggi di Wikipedia. Peraduan ini dianjurkan oleh Wikimedia Ukraine dengan kerjasama Ukrainian Institute dan Kementerian Luar Negeri Ukraine.
Kempen sebelum ini